Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 61 >> 

Berita Baik tentang Pembebasan

1Kuasa TUHAN Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.

2Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,

3untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh TUHAN sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.

4Mereka akan membina semula kota-kota yang telah lama runtuh, dan mendirikan tempat-tempat yang sudah lama sepi.

5Hai umat-Ku, orang bangsa asing akan melayani kamu. Mereka akan menjaga ternakan kamu dan bekerja di tanah dan ladang anggur kamu.

6Kamu akan dikenal sebagai imam-imam TUHAN, sebagai hamba-hamba Allah kita. Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa, dan berasa bangga memiliki kekayaan itu.

7Kamu tidak akan dipermalukan atau dihina lagi. Kamu akan tinggal di negeri kamu sendiri, kekayaan kamu akan menjadi dua kali ganda; kesukaan kamu akan kekal selama-lamanya.

8TUHAN berfirman, "Aku mencintai keadilan, dan Aku membenci penindasan dan jenayah. Dengan setia Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku; Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.

9Keturunan mereka akan menjadi terkenal di mana-mana, termasyhur antara bangsa-bangsa; setiap orang yang nampak mereka akan tahu bahawa merekalah bangsa yang telah Kuberkati."

10Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN. Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah. Begitulah Allah mengenakan keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.

11Sebagaimana benih yang ditabur pasti tumbuh dan membesar, demikianlah TUHAN Raja pasti menyelamatkan umat-Nya, dan semua bangsa akan memuji Dia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 61 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel