Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yunus 4 >> 

Kemarahan Yunus dan Pengampunan Allah

1Yunus sama sekali tidak suka dengan perkara itu, lalu dia naik marah.

2Kemudian dia berdoa, "Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.

3Sekarang, ya TUHAN, biarlah aku mati saja, kerana lebih baik aku mati daripada hidup."

4TUHAN menjawab, "Engkau tidak mempunyai alasan untuk menjadi marah."

5Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.

6Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.

7Tetapi pada waktu subuh keesokan harinya, atas perintah Allah seekor ulat menyerang tanaman itu sehingga layu.

8Setelah matahari terbit, Allah mendatangkan angin panas yang bertiup dari timur. Yunus hampir pengsan kerana terik matahari yang seakan-akan membakar kepalanya. Oleh itu dia putus asa dan ingin mati, katanya, "Lebih baik aku mati daripada hidup!"

9Tetapi Allah berfirman kepadanya, "Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!" Yunus menjawab, "Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati."

10Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, "Tanaman ini tumbuh dalam satu malam saja, dan layu pada hari berikutnya; engkau sama sekali tidak menumbuhkannya atau memeliharanya. Walaupun begitu, engkau berasa kasihan kepada tanaman ini.

11Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak yang tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yunus 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel