Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Zakharia 7 >> 

TUHAN Mengutuk Puasa yang Tidak Ikhlas

1Pada hari keempat bulan Kislew, bulan kesembilan, dalam tahun keempat pemerintahan Raja Darius, TUHAN memberikan perkhabaran kepadaku.

2Penduduk Betel telah mengutus Sarezer dan Regem-Melekh serta anak buah mereka ke Rumah TUHAN Yang Maha Kuasa untuk memohon berkat TUHAN.

3Mereka juga disuruh bertanya kepada para imam dan nabi, "Adakah kami masih perlu meratapi kemusnahan Rumah TUHAN dengan berpuasa pada setiap bulan kelima, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun-tahun?"

4Inilah perkhabaran TUHAN yang datang kepadaku.

5Dia berfirman, "Beritahulah seluruh penduduk negeri ini dan para imam bahawa puasa dan ratapan yang dilakukan mereka pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, bukanlah penghormatan bagi-Ku.

6Apabila mereka makan dan minum, perbuatan itu pun untuk keseronokan mereka sendiri."

7Itulah yang difirmankan TUHAN melalui nabi-nabi pada zaman lampau, ketika Yerusalem masih didiami dan penduduknya makmur. Pada masa itu orang bukan hanya tinggal di pekan-pekan di sekitar kota, tetapi juga di bahagian selatan dan di kaki bukit di sebelah barat.

Pemberontakan Menyebabkan Pembuangan

8TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Zakharia,

9"Pada masa dahulu, Aku memberikan perintah ini kepada umat-Ku, ‘Kamu mesti berlaku adil, baik hati, dan berbelas kasihan kepada sesama kamu.

10Jangan tindas balu, anak yatim piatu, orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu, atau sesiapa sahaja yang dalam keadaan susah. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu.’

11Tetapi umat-Ku keras kepala dan tidak mahu mendengarkan perintah-Ku; mereka menutup telinga supaya tidak mendengar.

12Mereka mengeraskan hati sehingga tidak menurut ajaran yang telah Kuberikan kepada mereka dengan perantaraan nabi-nabi dahulu. Oleh itu Aku sangat murka.

13Aku tidak menjawab doa mereka kerana mereka tidak mahu mendengar ketika Aku berfirman.

14Seperti angin ribut, Aku menyelerakkan mereka sehingga mereka terpaksa tinggal di negeri asing. Tanah yang subur ini telah menjadi tandus, sunyi sepi, dan tidak berpenghuni."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Zakharia 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel