Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Imamat 2 >> 

Peraturan persembahan bahan makanan

1Jika seseorang membawa kepada TUHAN persembahan bahan makanan, maka hendaklah persembahan itu daripada tepung yang terbaik dan hendaklah dia menuangkan minyak ke atas tepung itu dan meletakkan kemenyan di atasnya.

2Hendaklah dia membawa persembahan itu kepada anak-anak Harun, para imam itu dan para imam hendaklah mengambil segenggam penuh tepung itu berserta minyak dan seluruh kemenyannya sebagai bahagian peringatan lalu membakarnya hingga berasap sebagai korban bakaran, suatu korban yang keharumannya diredai TUHAN.

3Namun begitu apa-apa bahagian yang tersisa daripada persembahan bahan makanan itu menjadi bahagian milik Harun dan anak-anaknya. Itulah bahagian yang teramat suci daripada korban bakaran untuk TUHAN.

4Apabila engkau mahu mempersembahkan persembahan bahan makanan yang dibakar di dalam ketuhar, hendaklah persembahan itu daripada tepung terbaik dalam bentuk kuih tidak beragi yang dicampurkan minyak, atau kuih nipis tidak beragi yang disapukan dengan minyak.

5Jika persembahanmu berupa persembahan bahan makanan yang dipanggang di atas tempat pembakar, maka hendaklah persembahan itu daripada tepung tidak beragi yang terbaik yang dicampurkan minyak.

6Hendaklah kamu memecahkannya menjadi beberapa bahagian dan menuangkan minyak ke atasnya, maka itulah persembahan bahan makanan.

7Jika persembahanmu berupa persembahan bahan makanan yang dimasak dalam kuali, maka hendaklah persembahan itu dibuat daripada tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak.

8Hendaklah kamu membawa persembahan bahan makanan yang dibuat sedemikian cara kepada TUHAN. Maka sampaikanlah persembahan itu kepada imam lalu dia akan membawanya ke mazbah.

9Imam hendaklah mengambil bahagian peringatannya daripada persembahan bahan makanan itu lalu membakarnya di atas mazbah sebagai korban bakaran yang keharumannya diredai TUHAN.

10Namun begitu, apa-apa yang tersisa daripada persembahan bahan makanan itu menjadi bahagian Harun dan anak-anaknya dan itulah bahagian yang teramat suci daripada korban bakaran untuk TUHAN.

11Tiada satu pun persembahan bahan makanan yang kamu persembahkan kepada TUHAN boleh diolah dengan ragi, kerana tiada ragi atau madu boleh dipersembahkan sebagai korban bakaran untuk TUHAN.

12Ragi atau madu boleh kamu persembahkan sebagai persembahan daripada hasil pertama kepada TUHAN, tetapi jangan kamu persembahkannya di atas mazbah sebagai persembahan yang keharumannya meredakan.

13Setiap persembahan bahan makananmu hendaklah kamu perasakan dengan garam dan jangan lalai membubuh garam yang melambangkan perjanjian antara kamu dengan Allah daripada persembahan bahan makananmu. Maka bersama-sama segala persembahanmu hendaklah kamu mempersembahkan juga garam.

14Jika engkau mempersembahkan bahan makanan daripada hasil pertama kepada TUHAN, bawalah bulir gandum baru yang ditumbuk dan yang dipanggang di atas api sebagai persembahan bahan makanan daripada hasil pertamamu.

15Tuangkanlah minyak dan letaklah kemenyan di atasnya maka itulah persembahan bahan makanan.

16Hendaklah imam membakar bahagian peringatan iaitu sebahagian daripada gandum yang ditumbuk dan sebahagian daripada minyak berserta seluruh kemenyannya, sebagai korban bakaran untuk TUHAN.



 <<  Imamat 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran