Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 15 >> 

1SUTLAH itu maka sagala orang yang mumugang chukie dan orang burdosa datanglah hampir kapadanya munungar purkataannya itu.

2Maka khatib khatib dan orang Faresia itupun bursungutlah, katanya, Orang ini munurima orang; yang burdosa itu, surta iya makan bursama sama dungan dia.

3Maka Isa pun burkatalah kapada marika itu purumpamaan ini,

4Katanya, siapakah deripada kamu yang ada s'ratus ekor kambing, jikalau iya hilang sa'ekor deripadanya, tiadakah iya muninggalkan sambilan puloh sambilan ekor itu dipadang, maka iya purgi munchari yang hilang itu sampielah didapatinya akan dia?

5Maka apabila didapatinya akan dia, dibubuh dibahunya dungan suka chitanya.

6Maka apabila datanglah iya karumah, dipanggilnyalah sahabatnya dan orang orang s'kampongnya, katanya, kapadanya, Bursukalah bursama sama dungan aku; kurna aku tulah mundapat kambingku yang tulah hilang itu.

7Aku burkata kapadamu, dumkianlah adanya kasukaan itu dalam shorga, apabila sa'orang orang burdosa itu burtaubat, turlebih pula deripada sambilan puloh sambilan orang yang bunar itu, yang tiada burguna burtaubat.

8Atau prumpuan manakah yang ada kapadanya sa'puloh kuping wang perak, maka jikalau iya hilang satu kuping, bukankah dipasangnya lilin dan disapunya rumah dungan rajin dicharinya sampie dapat?

9Maka apabila didapatinya, dipanggilnya sahabat sahabatnya surta orang orang sa'kampongnya bursama sama, katanya, Bursuka sukalah dungan aku; kurna aku tulah mundapat wangku yang hilang itu.

10Dumkianlah, aku burkata kadapamu, Adalah kasukaan dihadapan maliekat maliekat Tuhan apabila sa'orang burdosa itu burtaubat.

11Maka katanya, adalah bagie sa'orang anu itu doa orang anak laki laki:

12Maka kata anak yang mudah itu kapada bapanya, Bapa, brilah bagieku buhgian harta harta yang patut bagieku. Maka dibahgikannyalah kapadanya hartanya.

13Maka tiada brapa lamanya kumdian, anaknya yang mudah itu burkumas skalian, lalu burjalanlah iya purgi kapada sa'buah nugri yang jauh, maka disana diburuskannya hartanya itu dungan hidop yang tiada katahuan.

14Shahadan apabila sudah diblanjakannya skalian, hata maka dalam nugri itupun burbangkitlah suatu klaparan yang busar; maka iya pun jadilah kakurangan.

15Maka lalu purgilah iya masok kurja pada sa'orang nugri itu; lalu disurohkan ulih orang itu akan dia purgi kaladangnya mumliharakan babinya.

16Maka inginlah iya akan mungisi prutnya dungan sukam sukam yang dimakan ulih babi itu: maka sa'orang pun tiadalah mumbri kapadanya.

17Maka apabila sudarlah iya akan dirinya, katanya, Brapa orang upahan bapaku mundapat makanan chukop yang bulih dibahginya pula, maka aku ini binasa dungan kulaparan!

18Maka aku handak purgi mundapatkan bapaku, maka aku akan burkata kapadanya, Bapa, aku tulah burdosa kapada Allah, dan kapadamu,

19Maka tiadalah aku layak dikatakan anakmu: jadikanlah akan daku sa'orang sapurti orang orang upahanmu.

20Maka burbangkitlah iya, lalu datang kapada bapanya. Tutapi apabila jauhlah iya lagi, dilihatlah ulih bapanya akan dia, maka kasihanlah iya, lalu larilah iya, mumulok lehernya, surta dichiyumnya akan dia.

21Maka kata anak itu kapadanya, Bapa aku tulah burdosa, kapada Allah, dan pada fiakmu, maka tiadalah lagi aku layak dikatakan anakmu.

22Tutapi kata bapa itu kapada hamba hambanya, Bawalah kluar pukiean yang turutama, pakiekan kapadanya; dan pakiekanlah sa'buntok chinchin ditangannya, dan kasut dikakinya:

23Maka bawalah kumari anak lumbu yang tumbun itu, sumblehkan; biarlah kami makan, dan bursuka sukaan:

24Kurna anakku ini sudah mati, maka iya tulah hidop pula; iya sudah hilang, dan tulah dapat. Maka marika itu mumulailah bursuka suka.

25Adapun anaknya yang tua itu adalah diladang: maka tungah iya datang hampir dukat karumah, didungarnyalah bunyi bunyian dan munari.

26Lain dipanggilnya sa'orang hamba itu, ditanyanya apakah artinya purkara purkara ini skalian.

27Maka katanya kapadanya, Saudaramu itu tulah datang: maka bapamu tulah munyumbleh akan anak lumbu yang tumbun, kurna iya tulah munyambut akan dia slamat dan samporna.

28Maka marahlah iya, lain tiada iya mau masok: maka subab itu kluarlah bapanya itu, lain dibujuknya masok akan dia.

29Maka jawabnya surta burkata kapada bapanya, Bapa, tengoklah, sa'kian banyak tahun aku tulah mungurjakan angkau, atau tiada bursalahan pada barang bila hukummu: miskipun dumkian bulom purnah angkau mumbri akan daku sa'ekor anak kambing, supaya bulih aku bursuka suka dungan sahabat sahabatku.

30Tutapi surta anakmu itu sudah datang, yang tulah mumbinasakan hartamu itu kapada prumpuan sundal, angkau tulah munyumblehkan akan dia anak lumbu tumbun itu.

31Maka katanya kapadanya, Anak, angkau ada slamanya dungan aku, maka sagala yang ada kapada aku itu, angkau punya.

32Maka patutlah kami bursuka suka, dan sukachita: kurna saudaramu ini tulah mati, maka iya hidop kumbali; dan tulah hilang, iya tulah didapati.



 <<  Lukas 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran