Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 1 >> 

FATSAL I.

1ADAPUN Paulus, sa’orang rasul Isa Almasih, iya itu dŭngan kahandak Allah datang kapada orang orang salih yang ada dinŭgri Efesus, sŭrta kapada sagala orang yang bŭrsŭtia kapada Isa Almasih.

2Maka biarlah kiranya atas kamu anugrah dan slamat deri pada Allah Ayah kami, dan deripada Tuhan Isa Almasih.

3Puji bagie Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, yang tŭlah mŭmbŭrkati kami dŭngan sagala bŭrkat rohani yang deri dalam shorga ulih Almasih.

4Spŭrti tŭlah dipileh Allah akan kami ulih Isa tŭrdahulu deripada kajadian dunia, supaya kami patut mŭnjadi suchi dŭngan tiada bŭrchachat dihadapannya kŭrna kasih.

5Maka tŭlah ditakdirkan Allah akan kami kapada pangkat anak anak angkat bagienya, iya itu ulih Isa Almasih mŭnurot kŭrelaan kahandaknya.

6Akan mŭmuji kamulian anugrahnya, dalam itupun iya tŭlah mŭnjadikan kami dipŭrkŭnankannya ulih sŭbab kakasihnya.

7Maka deripada Isalah kami tŭlah tŭrtŭbus ulih sŭbab bŭrkat darahnya, iya itu ampunan sagala dosa, mŭnurot kŭkayaan anugrahnya,

8Yang tŭlah dilempahkan Allah bagie kami dŭngan sagala hikmat dan bijaksana;

9Sŭbab sudah dibrinya tahu pada kami akan rahsia kahandaknya itu mŭnurot kŭrelaannya yang tŭlah ditŭntukannya dalam dirinya;

10Supaya dalam pŭratoran sagala waktu yang akan digŭnapi itu bulihlah Tuhan mŭnghimponkan sama sama mŭnjadi satu sagala pŭrkara itu bagie Almasih, iya itu baik yang dishorga, baik yang didunia, bagienya juga.

11Maka deripadanyalah juga kami tŭlah bŭrulih suatu pusaka, sŭbab kami tŭlah ditakdirkan mŭnurot kahandak Allah yang mŭlakukan sagala sŭsuatu mŭnurot mufakat kahandaknya sŭndiri.

12Supaya kami kŭlak bulih mŭnjadi kapujian bagie kamuliannya, yang tŭrdahulu tŭlah bŭrgantong akan Almasih.

13Dan kapadanyalah juga kamu pun bŭrgantong, kumdian deripada kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan yang bŭnar, iyaani Injil slamat kamu itu; maka dalam Isa juga, sŭtlah sudah kamu pŭrchaya, maka kamu dimutriekan dŭngan Roh Alkudos yang tŭlah dijanjikan itu.

14Iya itulah haluan pusaka kami, sahingga pŭndapatan tŭbusan yang tŭlah tŭrbli itu, akan mŭndatangkan puji bagie kamuliannya.

15Maka sŭbab itulah aku pun, sŭtlah sudah mŭnŭngar derihal iman kamu bagie Tuhan Isa, sŭrta kasih kamu akan sagala orang salih itu,

16Tiadalah aku bŭrhŭnti deripada mŭnguchapkan shukor kŭrna kamu itu, sambil kusŭbutkan hal kamu dalam sagala doaku;

17Supaya Allah Tuhan kami Isa Almasih, iya itu Ayah kamulian itu bulih mŭngurniakan pada kamu roh budiman, dan pŭrtunjokkan akan mŭngŭnal dia.

18Adapun sŭbab mata akal kamu itu tŭlah ditrangkan, bulihlah kamu dapat mŭngatahui akan hal hara jpŭmpotannya itu, dan apakah kŭkayaan kamulian pusakanya itu bagie orang orang salih adanya.

19Dan apakah tŭrsangat kabŭsaran kwasanya kapada kami yang pŭrchaya ini, mŭnurot pŭkŭrjaan yang deripada amat kwasanya itu?

20Yang tŭlah dilakukannya kapada Almasih, tŭtkala dibangkitkannya akan dia deripada matinya, dan didudokkannya akan dia disŭblah kanannya sŭndiri dalam shorga.

21Iya itu tŭrlebih tinggi deripada sagala kŭpala pŭmrentah, dan pŭnguasaan, dan kwasa, dan pŭmrentahan, dan deripada sagala nama yang dinamai, bukannya dalam dunia ini sahja, mŭlainkan dalam yang akan datang pun.

22Dan lagi Allah tŭlah mŭnarohkan sagala sŭsuatu itu kabawah kaki Isa, sŭrta dijadikannya akan dia kŭpala atas sagala sŭsuatu bagie sidang jŭmaah.

23Maka iya itulah tubohnya, dan kalempahannya yang mŭmŭnohi sagala sŭsuatu dalam sagala sŭsuatu.



 <<  Efesus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran