Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tesalonika 1 >> 

1Daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah, Bapa kita dan dalam Isa al-Masih:

2Semoga kasih kurnia dan kesejahteraan Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masih menyertaimu.

Ucapan syukur dan doa

3Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah keranamu, saudara-saudaraku. Ini memang sepatutnya, kerana imanmu bertambah teguh dan kamu semakin kasih-mengasihi.

4Dengan demikian kami berbangga denganmu di antara jemaah-jemaah Allah kerana kesabaran dan imanmu menanggung segala penganiayaan serta kesengsaraan.

5Segala ini bukti nyata penghakiman yang adil daripada Allah, supaya kamu dikira layak memasuki kerajaan Allah, yang untuknya kamu telah menderita.

6Allah akan melakukan keadilan, membalas dengan kesengsaraan terhadap mereka yang menyebabkan kamu sengsara, dan

7Dia akan memberikan kelegaan kepadamu yang menderita dan juga kepada kami apabila Junjungan Isa muncul dari syurga diiringi malaikat-malaikat perkasa-Nya dengan api yang menyala.

8Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Junjungan kita Isa al-Masih.

9Mereka akan dihukum dengan kebinasaan selama-lamanya, tersingkir daripada hadirat Tuhan kita dan kemuliaan kuasa-Nya.

10Semua itu akan berlaku apabila Dia datang, pada hari itu, untuk dimuliakan oleh para pengikut-Nya yang salih dan untuk diberi penghormatan oleh semua orang beriman. Ini termasuk kamu kerana kamu percaya kepada kesaksian kami di antara kamu.

11Oleh itu kami sentiasa berdoa untukmu supaya Allah Tuhan kita menganggapmu layak dipanggil, dan supaya Dia memenuhi segala hasratmu berbuat kebajikan untuk-Nya serta menyempurnakan segala usaha imanmu dengan kuasa-Nya.

12Dengan demikian, nama Isa, Junjungan kita, akan kamu muliakan dan kamu akan dimuliakan oleh-Nya, dengan kasih kurnia Allah Tuhan kita dan Junjungan Isa al-Masih.



 <<  2 Tesalonika 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran