Zabur Jilid 4
1Doa Musa, pengikut Allah. TUHAN, Engkaulah tempat kami menetap turun-temurun.
2Sebelum gunung-ganang diwujudkan atau Engkau membentuk bumi dan dunia, dari selama-lamanya hingga selama-lamanya, Engkau adalah Allah.
3Engkau memalingkan manusia terhadap pemusnahan, dan berkata, ‘Pulanglah, hai anak-anak manusia.’
4Kerana seribu tahun pada pandangan-Mu adalah seperti satu hari yang berlalu, dan seperti sebahagian malam.
5Engkau membawa mereka pergi seperti banjir, mereka seperti tidur; pada waktu pagi mereka seperti rumput yang tumbuh
6pada waktu pagi ia subur dan tumbuh, pada waktu petang ia ditebas dan layu.
7Kerana kami telah dibakar oleh kemarahan-Mu dan kami ketakutan kerana kemurkaan-Mu.
8Engkau telah membentangkan dosa kami di hadapan-Mu, segala kesalahan rahsia kami dalam pancaran sinar wajah-Mu.
9Hari demi hari kami lalui dalam kemurkaan-Mu; tahun demi tahun kami akhiri dengan keluhan.
10Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun
11Siapa yang tahu akan kuasa kemarahan-Mu? Kerana seperti ketakutan kepada-Mu, demikianlah kemurkaan-Mu.
12Oleh itu ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana.
13Kembalilah, Ya TUHAN! Berapa lama? Berilah belas kasih kepada hamba-Mu.
14Segera limpahkan kasih setia-Mu kepada kami, supaya kami bergembira dan bersukacita seumur hidup.
15Biarlah kami bersukacita sama panjangnya dengan masa kami Kauazabkan, tahun-tahun kami menemui kedurjanaan.
16Biarlah perbuatan-Mu dilihat oleh hamba-hamba-Mu, dan kemuliaan-Mu oleh anak-anak mereka.
17Dan biarlah keindahan Allah Tuhan kita turun ke atas kita; dan meneguhkan kerja tangan kita
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan