Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 24 >> 

Pembahagian imam dalam rombongan

1Inilah perincian rombongan bani Harun. Anak-anak Harun ialah Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

2Namun begitu, Nadab dan Abihu meninggal lebih dahulu daripada ayah mereka dengan tidak meninggalkan anak maka Eleazar dan Itamar menunaikan tugas sebagai imam.

3Daud, bersama Zadok daripada bani Eleazar dan Ahimelekh daripada bani Itamar, membahagi-bahagikan mereka menurut jawatan mereka dalam pelaksanaan ibadat.

4Bani Eleazar memiliki lebih ramai ketua kaum berbanding bani Itamar, sebab itu mereka dibahagi-bahagikan secara demikian: enam belas orang ketua kaum keluarga daripada bani Eleazar, dan lapan orang ketua kaum keluarga daripada bani Itamar.

5Mereka dibahagi-bahagikan dengan mencabut undi tanpa ada perbezaan, kerana ada para pegawai tempat suci dan ada para pegawai Allah baik dalam kalangan bani Eleazar mahupun dalam kalangan bani Itamar.

6Jurutulis Semaya anak Netaneel, seorang Lewi, mencatat nama mereka di depan raja, para pembesar, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, dan di depan para ketua kaum keluarga para imam dan bani Lewi. Satu kaum keluarga diambil daripada Eleazar dan satu diambil daripada Itamar.

7Undian yang pertama jatuh kepada Yoyarib, yang kedua kepada Yedaya,

8yang ketiga kepada Harim, yang keempat kepada Seorim,

9yang kelima kepada Malkia, yang keenam kepada Miyamin,

10yang ketujuh kepada Hakos, yang kelapan kepada Abia,

11yang kesembilan kepada Yesua, yang kesepuluh kepada Sekhanya,

12yang kesebelas kepada Elyasib, yang kedua belas kepada Yakim,

13yang ketiga belas kepada Hupa, yang keempat belas kepada Yesebeab,

14yang kelima belas kepada Bilga, yang keenam belas kepada Imer,

15yang ketujuh belas kepada Hezir, yang kelapan belas kepada Hapizes,

16yang kesembilan belas kepada Petahya, yang kedua puluh kepada Yehezkel,

17yang kedua puluh satu kepada Yakhin, yang kedua puluh dua kepada Gamul,

18yang kedua puluh tiga kepada Delaya, dan yang kedua puluh empat kepada Maazya.

19Itulah jawatan mereka dalam pelaksanaan ibadat ketika mereka masuk ke dalam Bait TUHAN, selaras dengan peraturan yang diberikan kepada mereka dengan perantaraan Harun, leluhur mereka, seperti yang diperintahkan kepadanya oleh TUHAN, Allah Israel.

Orang Lewi yang selebihnya

20Inilah keturunan Lewi yang selebihnya. Daripada anak-anak Amram: Subael; daripada anak-anak Subael: Yehdeya.

21Mengenai Rehabya, daripada anak-anak Rehabya: Yisia, seorang ketua.

22Daripada bani Yizhar: Selomot; daripada anak-anak Selomot ialah Yahat.

23Daripada anak-anak Hebron: Yeria, seorang ketua; Amarya, anak kedua; Yahaziel, anak ketiga; Yekameam, anak keempat.

24Daripada anak-anak Uziel: Mikha; daripada anak-anak Mikha: Samir.

25Saudara Mikha: Yisia; daripada anak-anak Yisia: Zakharia.

26Daripada anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Daripada anak-anak Yaazia ialah Beno.

27Daripada keturunan Merari melalui Yaazia: Beno, Syoham, Zakur, dan Hibri.

28Daripada Mahli ialah Eleazar, yang tidak mempunyai anak lelaki.

29Mengenai Kish, daripada anak-anak Kish: Yerahmeel.

30Daripada anak-anak Musi: Mahli, Eder, dan Yerimot. Itulah keturunan bani Lewi menurut kaum keluarga mereka.

31Mereka pun mencabut undi sama seperti saudara-saudara mereka, bani Harun, di depan Raja Daud, Zadok, Ahimelekh, dan ketua kaum keluarga para imam serta bani Lewi. Dalam hal ini seorang ketua kaum keluarga diperlakukan sama dengan saudaranya yang terkecil.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel