Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 38 >> 

TUHAN menjawab Ayub; Kuasa Allah atas segala-galanya

1Kemudian TUHAN menjawab Ayub dari dalam angin puting beliung,

2“Siapakah orang ini yang meragukan hikmah-Ku dengan kata-kata yang tidak berilmu?

3Bersiaplah engkau sebagai seorang lelaki; Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.

4Di manakah engkau ketika Aku meletakkan asas bumi? Jawablah jika engkau berpengetahuan.

5Siapakah yang menentukan ukuran bumi? Tentu engkau tahu! Atau, siapakah yang merentangkan tali pengukur di atasnya?

6Di atas apakah asas-asasnya ditanamkan? Atau, siapakah yang meletakkan batu penjurunya

7ketika bintang fajar bersorak-sorai bersama-sama dan semua anak Allah bersorak gembira?

8Siapakah yang menutup laut dengan pintu ketika laut memancar keluar dari dalam rahim,

9ketika Aku menjadikan awan pakaiannya dan kelam pekat kain bedungnya,

10ketika Kuputuskan batas baginya dan Kupasang palang serta pintu,

11ketika Aku berfirman, ‘Sejauh ini engkau boleh pergi tetapi tidak lebih. Di sinilah gelombangmu yang bongkak akan berhenti’?

12Seumur hidupmu pernahkah engkau memerintahkan terbitnya pagi, atau memberitahu fajar tempatnya,

13supaya ia memegang hujung-hujung bumi dan mengebaskan orang fasiq dari dalamnya?

14Bumi berubah seperti tanah liat yang dimateraikan, segala sesuatu menjadi seperti pakaian.

15Tetapi cahaya orang fasiq ditahan, dan lengan yang terangkat dipatahkan.

16Pernahkah engkau pergi sampai ke mata-mata air di laut, atau menjalani tempat-tempat rahsia samudera?

17Pernahkah pintu-pintu gerbang maut diperlihatkan kepadamu? Pernahkah kaulihat pintu-pintu gerbang bayang maut?

18Pernahkah kaufahami luasnya bumi? Nyatakanlah kalau engkau tahu akan semua itu.

19Di manakah jalan ke tempat kediaman cahaya? Di manakah tempat tinggal kegelapan,

20sehingga engkau dapat menghantarnya ke daerahnya dan mengetahui jalan ke rumahnya?

21Tentu engkau tahu kerana engkau sudah lahir pada waktu itu dan jumlah harimu sudah banyak!

22Pernahkah engkau masuk ke dalam perbendaharaan salji, atau melihat perbendaharaan hujan ais,

23yang Kusimpan untuk masa kesesakan, untuk hari pertempuran dan peperangan?

24Di manakah jalan tempat kilat dibahagikan, tempat angin timur disebarkan ke atas bumi?

25Siapakah yang membuka saluran bagi air bah dan jalan bagi kilat guruh,

26untuk menghujani tanah yang tidak ada orangnya, gurun yang tidak ada manusianya,

27untuk mengenyangkan padang yang tandus dan sunyi, serta untuk menumbuhkan tunas-tunas rumput muda?

28Apakah hujan itu berayah? Atau, siapakah yang menyebabkan titik-titik embun lahir?

29Daripada kandungan siapakah keluar ais? Siapakah yang melahirkan embun beku di langit,

30ketika air mengeras seperti batu dan permukaan samudera membeku?

31Dapatkah engkau mengikat gugusan bintang Kartika, atau melepaskan ikatan bintang Belantik?

32Dapatkah engkau mengeluarkan rasi-rasi bintang pada masanya, atau memandu bintang Biduk dengan anak-anaknya?

33Tahukah engkau ketetapan-ketetapan langit? Dapatkah engkau menetapkan pemerintahannya di atas bumi?

34Dapatkah engkau menyaringkan suaramu sampai ke awan, atau meliputi dirimu dengan air bah?

35Dapatkah engkau mengutus petir sehingga mereka pergi sambil berkata kepadamu, ‘Inilah kami’?

36Siapakah yang menaruh hikmah di dalam batin? Atau, siapakah yang memberikan pengertian kepada fikiran?

37Siapakah yang dapat mengira jumlah awan dengan hikmah? Siapakah yang dapat mencurahkan isi kirbat-kirbat langit,

38ketika debu jadi keras dan gumpalan-gumpalan tanah berlekatan?

39Dapatkah engkau memburu mangsa bagi singa betina, atau mengenyangkan anak singa yang lapar

40ketika singa-singa itu meringkuk di sarang, dan menunggu di belukar?

41Siapakah yang menyediakan bekal bagi burung gagak ketika anak-anaknya berteriak kepada Allah dan berkeliaran kerana kekurangan makanan?


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 38 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel