Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 11 >> 

Kasih TUHAN terhadap orang Israel

1Apabila Israel masih kecil, Kukasihi dia. Dari Mesir, Kupanggil anak-Ku.

2Semakin Kupanggil, semakin jauh mereka pergi. Mereka mempersembahkan korban kepada Baal dan membakar dupa kepada patung-patung ukiran.

3Akulah yang mengajar Efraim berjalan, dan yang mendukung dia; mereka tidak menyedari Akulah yang menyembuhkan mereka.

4Aku menarik mereka dengan pertalian manusia, iaitu dengan ikatan kasih. Bagi mereka Aku seperti orang yang mengangkat kuk daripada rahang mereka. Aku berpaling untuk memberi mereka makan.

5Mereka tidak akan kembali ke Tanah Mesir, tetapi orang Asyur akan menjadi raja mereka, kerana mereka enggan bertaubat agar kembali kepada-Ku.

6Pedang akan mengamuk di kota-kota mereka, memusnahkan segala palang pintu mereka, dan memakan habis mereka kerana bahana segala rancangan mereka sendiri.

7Umat-Ku berazam untuk menjauhkan diri daripada-Ku. Sekalipun mereka dipanggil menghadap Yang Maha Tinggi, tiada seorang pun mahu meninggikan Dia.

8Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim, menyerahkan engkau, wahai Israel? Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim? Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.

9Aku tidak akan melaksanakan murka-Ku yang menyala-nyala itu. Aku tidak akan membinasakan Efraim semula, kerana Aku Allah, bukan manusia; Yang Maha Suci, yang ada di tengah-tengah kamu. Aku tidak akan datang dengan murka.

10Mereka akan berjalan mengikuti TUHAN, yang akan mengaum seperti singa. Sesungguhnya, Dia akan mengaum, dan para anak itu akan datang dengan gementar dari sebelah barat.

11Dengan gementar mereka akan datang seperti burung dari Mesir, seperti burung merpati dari Tanah Asyur. Aku akan menempatkan mereka lagi di rumah-rumah mereka,” demikianlah firman TUHAN.

12Efraim mengelilingi Aku dengan dusta, keturunan kaum Israel pula mengelilingi-Ku dengan tipu daya. Yehuda masih memberontak terhadap Allah, terhadap Yang Maha Suci yang setia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Hosea 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel