Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Nehemia 10 >> 

Senarai nama orang pada materai perjanjian

1Pada materai perjanjian itu terdapat nama-nama orang ini: Pembesar Nehemia anak Hakhalya dan Zedekia.

2Selanjutnya: Seraya, Azarya, Yeremia,

3Pasyhur, Amarya, Malkia,

4Hatus, Sebanya, Malukh,

5Harim, Meremot, Obaja,

6Daniel, Gineton, Barukh,

7Mesulam, Abia, Miyamin,

8Maazya, Bilgai, dan Semaya. Mereka ialah para imam.

9Para bani Lewi: Yesua anak Azanya, Binui daripada bani Henadad, Kadmiel,

10serta saudara-saudara mereka, iaitu Sebanya, Hodia, Kelita, Pelaya, Hanan,

11Mikha, Rehob, Hasabya,

12Zakur, Serebya, Sebanya

13Hodia, Bani, dan Beninu.

14Para pemimpin umat: Paros, Pahat-Moab, Elam, Zatu, Bani,

15Buni, Azgad, Bebai,

16Adonia, Bigwai, Adin,

17Ater, Hizkia, Azur,

18Hodia, Hasum, Bezai,

19Harif, Anatot, Nebai,

20Magpias, Mesulam, Hezir,

21Mesezabeel, Zadok, Yadua,

22Pelaca, Hanan, Anaya,

23Hosea, Hananya, Hasub,

24Halohes, Pilha, Sobek,

25Rehum, Hasabna, Maaseya,

26Ahia, Hanan, Anan,

27Malukh, Harim, dan Baana.

28Rakyat selebihnya, iaitu para imam, bani Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, para hamba Bait Allah, dan semua orang yang memisahkan diri daripada umat negeri itu demi mematuhi hukum Taurat Allah, berserta para isteri mereka, anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan, dan semua orang yang dapat mengerti dan memahami hukum tersebut,

29menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.

30Kami tidak akan memberi anak perempuan kami kepada bangsa-bangsa negeri ini dan kami tidak akan mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri para anak lelaki kami.

31Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.

32Kami juga membuat ketentuan yang mengharuskan kami untuk menanggung biaya sepertiga syikal setiap tahun untuk ibadat di Bait Allah kami,

33iaitu untuk roti persembahan; untuk persembahan bahan makanan yang tetap; untuk korban bakaran yang tetap pada hari Sabat, bulan baru, dan hari perayaan; untuk persembahan suci; untuk korban penghapus dosa demi pendamaian bagi orang Israel; dan untuk segala pekerjaan di Bait Allah kami.

34Kami, iaitu para imam, bani Lewi, dan rakyat, akan mencabut undi mengenai persembahan kayu api yang harus dibawa ke Bait Allah kami oleh setiap kaum keluarga kami pada waktu-waktu tertentu, tahun demi tahun. Kayu api itu harus dibakar di atas tempat pembakaran korban TUHAN, Allah kami, seperti yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat.

35Kami akan membawa hasil pertama tanah kami dan hasil pertama berbagai-bagai pokok buah ke Bait TUHAN tahun demi tahun.

36Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.

37Tepung barli hasil pertama kami, persembahan khusus kami, buah segala pokok, air anggur, dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik di Bait Allah kami. Sepersepuluh daripada hasil tanah kami akan kami bawa kepada bani Lewi, kerana bani Lewilah yang memungut persembahan sepersepuluh di segala kota pertanian kami.

38Seorang imam keturunan Harun akan menyertai orang Lewi ketika mereka memungut persembahan daripada sepersepuluh. Kemudian orang Lewi itu harus membawa sepersepuluh dari persembahan sepersepuluh itu ke Bait Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.

39Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Nehemia 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel