Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 16 >> 

Salam

1Aku amanahkan kepadamu Febe, saudari kita, seorang yang mengabdikan diri kepada jemaah di Kengkrea,

2supaya kamu menyambutnya dalam Tuhan sebagaimana yang wajar di antara orang salih, serta membantunya apabila dia memerlukan pertolonganmu, kerana dia telah menolong ramai orang, termasuklah aku.

3Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, rakan-rakan seperjuanganku dalam Kristus Yesus.

4Mereka telah bergadai nyawa untukku. Bukan aku sahaja yang terhutang budi kepada mereka, malah seluruh jemaah daripada bangsa-bangsa lain.

5Salam kepada jemaah yang berhimpun di rumah mereka. Salam kepada Epenetus, saudara yang kukasihi, orang yang pertama beriman kepada Kristus di Asia.

6Salam kepada Maria, yang telah bertungkus-lumus untukmu.

7Salam kepada Andronikus dan Yunias, saudara-saudara sebangsaku dan teman-temanku di dalam penjara. Mereka ialah orang terkemuka di antara para rasul, dan yang telah menerima Kristus sebelumku.

8Salam kepada Ampliatus yang kukasihi dalam Tuhan.

9Salam kepada Urbanus, rakan seperjuangan kamu dalam Kristus, dan juga kepada Stakhis yang kukasihi.

10Salam kepada Apeles, yang diperkenan dalam Kristus. Salam kepada Aristobulus dan seisi rumahnya.

11Salam kepada Herodion, saudara sebangsaku. Salam kepada Narkisus sekeluarga, yang hidup dalam Tuhan.

12Sampaikan salamku kepada Trifena dan Trifosa, yang telah berpenat lelah dalam Tuhan. Salam kepada Persis yang kukasihi, yang juga telah bertungkus-lumus dalam Tuhan.

13Salam kepada Rufus, hamba yang terpilih dalam Tuhan, dan kepada ibunya, yang telah menjadi ibu juga kepadaku.

14Salam kepada Asinkritus, Flegon, Hermes, Patrobas, Hermas dan saudara-saudara yang bersama mereka.

15Salam kepada Filologus dan Yulia, Nereus dan saudara perempuannya Olimpas, serta semua orang salih yang bersama mereka.

16Bersalam-salamanlah dengan ciuman suci. Jemaah-jemaah Kristus berkirim salam kepadamu.

17Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, berwaspadalah terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan menyesatkan orang daripada ajaran yang telah kamu terima. Berpalinglah daripada mereka.

18Orang demikian bukanlah hamba Tuhan Kristus tetapi hamba kepada hawa nafsu mereka sendiri. Mereka memperdaya hati orang yang lurus dengan kata-kata yang manis.

19Semua orang telah mengetahui ketaatanmu. Oleh itu, aku bergembira tentangmu. Aku mahu kamu bijak dalam kebaikan serta bersih daripada kejahatan.

20Allah, sumber kesejahteraan, akan segera membuat Iblis hancur di bawah kakimu. Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu semua.

21Timotius, rakan seperjuanganku, berkirim salam kepadamu; begitu juga Lukius, Yason dan Sosipater, kawan-kawan sebangsaku.

22Aku, Tertius, yang menulis surat ini, juga berkirim salam kepadamu dalam Tuhan.

23Gayus, yang memberiku tempat menumpang serta semua jemaah yang berhimpun di rumahnya, berkirim salam kepadamu. Salam juga daripada Erastus, bendahara kota, dan Kuartus, saudara kita.

24Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu semua.

25Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia

26tetapi kini telah dinyatakan, dan melalui nubuat-nubuat dalam Kitab Suci telah disampaikan kepada semua bangsa, menurut perintah Allah yang kekal, supaya mereka dibawa mentaati iman;

27kepada Allah sahaja, yang penuh bijaksana, segala kemuliaan melalui Yesus Kristus selama-lamanya. Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran