Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 12 >> 

Raja-raja yang dikalahkan

1Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh orang Israel, yang negeri mereka diduduki orang Israel di seberang Sungai Yordan ke arah matahari terbit, dari Sungai Arnon sampai ke Gunung Hermon, dan seluruh Araba ke sebelah timur:

2Sihon, raja bani Amori yang tinggal di Hesbon. Dia memerintah wilayah dari Aroer di tepi Lembah Arnon, baik wilayah di tengah lembah itu mahupun setengah wilayah Gilead, sampai ke Sungai Yabok, sempadan daerah bani Amon;

3dan juga wilayah Araba sampai ke Danau Kineret di arah timur hingga ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, ke arah Bet-Yesimot, lalu terus ke sebelah selatan sampai di kaki lereng Gunung Pisga.

4Raja seterusnya ialah Og, raja Basan, seorang daripada saki-baki orang Refaim yang tinggal di Astarot dan di Edrei.

5Dia memerintah Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan sampai ke sempadan daerah bani Gesur dan bani Maakha, juga setengah daripada wilayah Gilead sampai ke sempadan daerah Sihon, raja Hesbon.

6Mereka ditewaskan oleh Musa, hamba TUHAN itu, dan orang Israel. Lalu Musa, hamba TUHAN itu, memberikan daerah itu kepada suku Ruben, suku Gad, dan separuh suku Manasye untuk menjadi milik mereka.

7Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh Yosua dan orang Israel di sebelah barat Sungai Yordan, iaitu dari Baal-Gad di Lembah Lebanon sampai ke Gunung Halak yang menanjak ke Seir (Yosua memberikan negeri itu kepada suku-suku Israel menjadi milik mereka menurut pembahagian mereka,

8baik di pergunungan, di dataran rendah, di Araba, di lereng-lereng gunung, di gurun, mahupun di Tanah Negeb, iaitu negeri bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus):

9raja Yerikho – satu raja Ai (di sebelah Betel) – satu

10raja Yerusalem – satu raja Hebron – satu

11raja Yarmut – satu raja Lakhis – satu

12raja Eglon – satu raja Gezer – satu

13raja Debir – satu raja Geder – satu

14raja Horma – satu raja Arad – satu

15raja Libna – satu raja Adulam – satu

16raja Makeda – satu raja Betel-El – satu

17raja Tapuah – satu raja Hefer – satu

18raja Afek – satu raja Lasaron – satu

19raja Madon – satu raja Hazor – satu

20raja Simron-Meron – satu raja Akhsaf – satu

21raja Taanakh – satu raja Megido – satu

22raja Kedesh – satu raja Yokneam di Karmel – satu

23raja Dor di Dataran Tinggi Dor – satu raja Goyim di Gilgal – satu

24raja Tirza – satu. Jumlah raja itu tiga puluh satu orang semuanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel