Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 20 >> 

1MAKA pada skali purstua, pada suatu hari deripada masa itu, tutkala iya mungajar akan kaum itu dalam kaabah, surta mungajar injil, maka datanglah kupala kupala imam dan khatib khatib surta orang tua tua mundapatkan dia,

2Lalu burkata kapadanya, Katakanlah kapada kami, dungan kuasa apakah angkau burbuat sagala purkara ini? atau siapakah tulah mumbri akan dikau kuasa ini?

3Maka jawabnya surta burkata kapada marika itu, Aku pun handak burtanya juga kapada kamu suatu purkara; jawablah.

4Pumbaptisan Yahya itu, datang deripada Allahkah, atau deripada manusia?

5Maka burfikerlah marika itu sama sundirinya, katanya, Jikalau kami kata, Deripada Allah; nuschaya katanya, Mungapakah kamu tiada purchaya akan dia?

6Tutapi jikalau kami kata, Deripada manusia; sagala kaum ini nanti murjam akan kami: kurna marika itu skalian purchaya Yahya itu sa'orang nabi.

7Maka jawab marika itu, tiadalah kami kutaui deri manakah datangnya.

8Maka kata Isa kapada marika itu, Aku pun tiada mau kata dungan kuasa siapakah aku burbuat sagala purkara ini.

9Sutlah itu maka dimulainyalah burkata kata kapada kaum itu akan purumpamaan ini; Maka adalah sa'orang anu itu mumbuat suatu kubon anggor, disewakannya kapada orang orang ladang, lalu purgilah iya kanugri yang jauh, iya disana lama.

10Maka datang musim buah disurohkannya sa'orang hambanya purgi kapada orang orang ladang itu, supaya marika itu patut mumbri buah buah deripada kubon anggor: tutapi orang orang ladang itu mumalu akan dia, surta dihalaukannya dungan kosong.

11Maka kumdian pula disurohkannya sa'orang hambanya yang lain: itupun dipalunya juga, dan dipurbuat ulih marika itu akan dia sampie malulah iya, surta dihalaukannya dungan kosongnya.

12Kumdian pula disurohkannya yang katiga: itupun dilukakan ulih marika itu akan dia, surta dibuangkannya.

13Sutlah itu maka kata tuan yang ampunya kubon anggor itu, Apakah patut kupurbuat? aku akan munyurohkan anakku yang kukasih: untah barang kali nanti juga dihormatkan ulih marika itu akan dia apabila dilihatnya dia.

14Tutapi apabila dilihat ulih orang orang lalang itu akan dia, maka burfikerlah marika itu sama sundirinya, katanya, Inilah warith: marilah kita bunoh akan dia, supaya pusakanya itu jadi kita punya.

15Maka dungan hal yang dumkian dibuangkannya akan dia kluar deripada kubon anggor itu, surta dibunohnya akan dia. Maka subab itu apakah patut dipurbuat ulih tuan yang ampunya kubon anggor itu akan marika itu?

16Maka iya kulak akan datang mumbunoh akan orang orang ladang itu, dan akan dibrikannya kubon anggor itu kapada orang yang lain. Maka apabila didungar sama Kiesar ulih marika itu, maka katanya, Dijauhkan Allah.

17Maka dilihat ulih Isa akan marika itu, katanya, Kalau bugitu apakah ini yang tulah turtulis, Adapun batu yang ditolakkan ulih tukang rumah itu, iya itu juga yang tulah munjadi punjuru rumah?

18Maka barang siapa yang jatoh kaatas batu itu, nuschaya puchahlah iya; akan tutapi kapada barang siapa yang ditimpa ulih batu itu kulak, dihanchor luluhkannyalah akan dia.

19Maka kupala kupala imam dan khatib khatib pada masa itu juga munchari jalan handak munaikkan tangan kaatasnya; maka takotlah marika itu akan kaum itu: kurna marika itu mundapat kunyataannya adupun iya burkata akan purumpamaan itu munumplak marika itu.

20Maka dijagalah ulih marika itu akan dia, lalu disurohkannya orang orang mungintei akan dia, mumbuat buat dirinya sapurti orang orang bunar, supaya bulih ditangkap ulih marika itu akan purkataannya, dungan dumkian, supaya bulih disurahkan akan dia pada kuasa dan prentah raja.

21Maka ditanya marika itu akan dia, katanya, Guru, bahwa kami kutaui purkataanmu dan pungajaranmu butul adanya, atau angkau tidak kuchualikan barang siapa, mulainkan mungajarkan jalan Allah dungan sa'bunarnya:

22Adakah patut bagie kami mumbayar chukie kapada Kiesar atau tidak?

23Tutapi dikutauinya akan daya upaya marika itu, maka katanya kapadanya, Mungapakah kamu munchubai aku?

24Unjukkanlah padaku satu dinar itu. Siapakah punya gambar dan tulisan diatasnya? Maka jawab marika itu surta katanya, Kiesar?

25Maka katanya kapada marika itu, Subab itu brikanlah kapada Kiesar barang yang Kiesar punya, dan kapada Allah barang yang Allah punya.

26Maka tiadalah dapat ditangkap ulih marika itu akan purkataannya dihadapan kaum itu: surta hieranlah marika itu akan jawabnya, maka turdiamlah marika itu.

27Sutlah itu datanglah kapadanya orang Sadukia anu, yang munyungkali akan hari kubangkitan; maka marika itu burtanya kapadanya,

28Katanya, Guru, Musa tulah munuliskan kapada kami, Jikalau saudara barang siapa mati, ada munaroh istri, iya mati itu dungan tiada mungadakan anak, maka patutlah saudaranya mungambil istrinya, dan mumbangkitkan bunih bagie saudaranya.

29Maka subab itu adalah orang tujoh bursaudara: maka yang purtama mungambil sa'orang istri, lalu mati dungan tiada mungadakan anak.

30Maka yang kadua pula mumbuat akan istri dia, lalu mati dungan tiada mungadakan anak,

31Maka yang katiga pula mungambil dia; dungan dumkian juga halnya, dan yang katujoh pun: maka tiada marika itu muninggalkan anak, lalu mati.

32Maka kumdian deripada skalian, maka prumpuan itupun matilah pula.

33Subab itu dalam hari kabangkitan kulak, siapakah deripada marika itu ampunya istri akan prumpuan itu? kurna tujoh orang tulah mumpuristrikan dia.

34Maka jawab Isa surta burkata kapada marika itu, Adapun, anak anak dunia ini khawen, dan mumbri khawen:

35Tutapi marika itu yang kulak dibilangkan layak akan mundapat akhirat itu, dan kabangkitan deripada mati, khawen pun tidak, dibri khawen pun tidak:

36Atau tiada kulak marika itu akan mati lagi: kurna marika itu sutara dungan muliekat muliekat; dan iya itu anak anak Allah, ulih subab jadi anak anak kabangkitan.

37Adapun yang mati itu akan burbangkit, muskipun tulah diunjukkan Musa pada blukar, apabila disuruhnya akan Tuhan Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob.

38Kurna iya itu bukannya Allah pada yang mati, mulainkan pada yang hidop: subab sagala itu hidop kurna dia.

39Sutlah itu khatib khatib anu munjawab katanya, Guru, purkataanmu itu butul.

40Maka kumdian deripada itu tiadalah brani marika itu burtanya kapadanya barang sual skali kali.

41Maka katanya kapada marika itu, Bagimanakah dia orang burkata Almasih itu anak Daud?

42Maka Daud sundiri tulah burkata dalam kitab Mazmur, Tuhan itu tulah burkata kapada Tuhanku, duduklah angkau disublah kananku,

43Sahingga kujadikan musoh musohmu itu alas kakimu.

44Maka subab itu Daud mumanggil dia Tuhan, bagimanakah itu, iya itu anaknya?

45Sutlah itu maka dalam mujulis sagala kaum itu katanya kapada murid muridnya,

46Jagalah deripada khatib khatib, yang burkahandak burjalan dungan baju panjang, dan munyukakan orang mumbri hormat dalam pasar pasar, dan dalam tumpat tumpat duduk yang turlebih tinggi dalam kunisa, dan pangkat pangkat yang mulia dalam purjamuan;

47Yang munulankan harta bundah prumpuan prumpuan janda, dan kurna dungan muka muka mumbuat doa doa yang panjang: maka orang itulah kulak akan mundapat laanat yang turlebih busar.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran