Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 15 >> 

1TUTKALA itu, maka adalah khatib khatib dan orang Faresia Jerusalem, datang kapada Isa sambil burkata,

2Mungapakah murid muridmu mulalui adat orang tua tua? kurna tiada iya mumbasoh tangannya tutkala makan.

3Maka disahutnya kapada marika itu, Apa subabnya pula kamu mulalui hukum Allah, ulih adat nenek moyangmu?

4Kurna Allah tulah burfurman, katanya, Brilah hormat akan ibu bapamu: maka barang siapa yang durhaka akan ibu bapanya, iya itu hukum dibunoh.

5Tutapi kamu burkata, Barang siapa yang burkata pada bapa atau ibunya, Aku nazarkan samoa, maka bagimana skalipun angkau burulih untung deri padaku;

6Maka kalau tiada iya munghormati bapanya atau ibunya itu, turlupaslah iya. Dumkianlah kamu tulah munidahkan faidah bukum Allah ulih adat nenek moyangmu itu.

7Hie orang munafik, bahwa subunarnyalah sapurti nabuat nabi Jessia, deri halmu katanya,

8Bahwa adapun kaum ini, munghampiri aku dungan mulutnya, dan dungan bibernya juga iya mumuliakan aku; tutapi hatinya jau deri padaku adanya.

9Mulainkan chuma chumalah marika itu burbuat ibadat kapadaku, dungan mungajar bubrapa pungajaran hukum manusia.

10Shahadan sutlah sudah dipanggil ulih Isa akan purhimpunan itu, maka burkatalah iya pada marika itu, Dungarlah kamu surta mungarti:

11Bahwa sanya bukannya barang suatu yang masok kudalam mulut itu, munujiskan manusia; mulainkan barang yang kluar deri dalam mulut itulah yang munujiskan manusia.

12Tutkala itu datanglah murid muridnya kapadanya, lalu burkata, Taukah angkau, bahwa orang Faresia itu, apabila didungarnya purkataanmu ini, maka iya mungambil kuchil hati akan dikau.

13Maka disahut Isa, surta burkata, Adapun sa'suatu tanaman yang bukan ditaman ulih Babaku yang ada dishorga, iya itu akan dichabut.

14Biarkanlah dia, bahwa marika itulah pumimpin buta, pada orang buta adanya. Jikalau orang buta mumimpin orang buta, maka kuduanya itu kulak, akan jatoh kudalam paret.

15Maka sahut Petros surta burkata padanya, Artikanlah pada kami, akan purumpamaan ini.

16Maka jawab Isa, Sampie sakarangkah kamu ini bodoh lagi?

17Maka bulomkah kamu mungurti, bahwa barang suatu yang masok kudalam mulut itu, lalu iya kudalam prot, maka dibuangkan dia kudalam jamban?

18Tutapi barang suatu yang kluar deri dalam mulut itu, iya itu turbitnya deri dalam hati: maka itulah yang munujiskan manusia.

19Kurna deri dalam hatilah turbit fikiran jahat, dan mumbunuh orang, dan burzinah dungan suami atau istri orang, dan burzinah dungan orang bujang, dan punchuri, dan saksi dusta, dan munghujat akan Allah.

20Maka skalian inilah yang munujiskan manusia: tutapi makan dungan tangan yang tiada burbasoh itu, bukannya munujiskan manusia adanya.

21Shahadan maka Isa pun kluarlah deri sana, lalu purgilah iya kapada jajahan Thor dan Sidon.

22Maka hieran, kluarlah sa'orang prumpuan Kanaan deri pada jajahan itu, sambil iya burtreak akan Isa, katanya, Ya Tuhan anak Daud; kasihankanlah aku, bahwa anakku prumpuan turkuna ulih jin, turlalulah sangat sakit.

23Maka barang spatah kata jua pun tiada disahut Isa akan dia. Maka datanglah murid muridnya muminta padanya, katanya, Suruhkanlah prumpuan itu purgi; kurna iya munjuret mungikot blakang kita.

24Maka sahut Isa, Bahwa aku ini bukannya disurohkan pada yang lain, mulainkan kapada domba yang hilang, iya itu kaum bunih Israil.

25Maka prumpuan itu pun datanglah sujud kapadanya, katanya, Tuhan tulunglah hamba.

26Maka munyahutlah iya sambil burkata, Bahwa tiada patut aku mungambil makanan kanak kanak itu dibrikan kapada anjing.

27Maka burkatalah prumpuan itu, Bunarlah Tuhan: mulainkan anjinglah yang mumakan deri pada remah, yang jatoh deri atas meja tuannya.

28Sutlah itu, maka dijawab Isa, surta burkata kapadanya, Hie prumpuan, busarlah imanmu: jadilah juga padamu sapurti kahandakmu. Maka pada kutika itu juga, sumbohlah anak prumpuan itu.

29SUBARMULA maka purgilah Isa deri sana, datang kapada tasek Galilia; maka naiklah iya kaatas sa'buah bukit, lalu duduk disana.

30Maka banyaklah purhimpunan orang datang kapadanya, surta mumbawa bubrapa orang tempang, dan buta, dan kulu, dan pinchang, dan bubrapa orang yang burpunyakit yang lain pun, lalu dilutakkannya akan dia dikaki Isa; maka disumbohkannyalah marika itu:

31Sampie hieranlah sagala orang itu, apabila mulihat orang kulu itu burkata kata, dan orang pinchang itu tulah sumboh, dan orang yang timpang itu pun tulah burjalan butul, dan orang buta itu tulah chulek: lalu marika itu pun mumuliakan Allah orang Israil.

32Maka dipanggillah ulih Isa akan murid muridnya, lalu burkata padanya, Bahwa kasihanlah aku akan sagala orang ini, subab tulah tiga hari lamanya skarang, marika itu sudah bursama sama dungan aku, maka tiadalah kapada marika itu barang suatu yang handak dimakannya: aku tiada handak mulupaskan dia dungan kulaparannya, kalau kalau jangan pula marika itu pengsan dijalan.

33Maka jawab murid muridnya, Deri manakah kami akan mundapat makanan subanyak itu, dalam hutan padang ini, yang akan mungunyangkan prot orang subanyak ini?

34Maka kata Isa pada marika itu, Ada brapa buah roti padamu? Maka jawab marika itu, Ada tujoh buah, dan ikan kuchil kuchil sudikit.

35Maka disuruhkanlah ulih Isa akan orang banyak itu duduk ditanah.

36Lalu diambilnyalah tujoh buah roti itu, surta ikan itu, lalu iya muminta doa, sutlah sudah dipuchakannya, lalu dibrikannya itu kapada murid muridnya, maka murid muridnya itu pula mumbrikan kapada orang banyak itu.

37Maka makanlah sagala marika itu sampie kunyang, kumdian diangkat oranglah sisa yang tinggal tinggal itu, tujoh buah bakul punoh.

38Burmula adapun sagala orang yang tulah makan itu, ada ampat ribu orang banyaknya, lain pula sagala prumpuan dan kanak kanak.

39Sutlah itu, maka dilupaskannya orang banyak itu pulang; maka naiklah iya kudalam sa'buah prahu, surta purgi kapada jajahan Magdala.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran