Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 24 >> 

1SUBARMULA maka kluarlah Isa deri dalam kaabah; datanglah murid muridnya mununjokkan padanya akan sagala purbuatan khaba itu.

2Maka burkatalah Isa pada marika itu, Bukankah kamu mulihat sagala purbuatan ini? maka sasungguhnya juga aku burkata padamu, Barang sa'buah batu pun tiada akan ditinggalkan bursusun diatas lalu yang tiada akan dipuchahkan.

3Shahadan samuntara duduklah Isa diatas bukit Zeton, maka datanglah murid muridnya kapadanya dungan bursunyi, katanya, Katakanlah pada kami, bilakah zamannya sagala purkara ini akan jadi? maka apakah tanda kudatanganmu, dan kuputusan alam ini.

4Maka disahut ulih Isa kapada marika itu, katanya, Ingatlah kamu supaya jangan ditipu ulih orang.

5Kurna banyaklah orang akan datang kulak dungan mumbawa namaku, katanya, Akulah Almasih; maka iyalah kulak akan munipu banyak orang.

6Maka kamu akan munungar hal puprangan dan khabar puprangan hubaya hubaya: janganlah kamu guntar; kurna dapat tiada kulak sagala purkara itu akan jadi, tutapi bulom juga kusudahan.

7Kurna suatu bangsa akan burbangkit mulawan bangsa lain, maka suatu krajaan mulawan krajaan lain: shahadan akan munjadi bubrapa kulaparan, dan sampar, dan gumpar pada burbagie bagie tumpat.

8Tutapi sagala purkara inilah purmulaan susah.

9Maka tutkala itu kulak marika itu akan munyurahkan kamu supaya diannyayakan, dan akan dibunuhnya kamu: dan akan dibunchikan ulih sagala bangsa akan kamu ulih subab namaku.

10Maka tutkala itu banyaklah orang yang akan munjadi shak, maka sa'orang belut akan sa'orang, dan sa'orang mumbunchikan sa'orang.

11Maka banyak nabi dusta yang akan datang munyusatkan bubrapa orang.

12Maka deri subab kujahatan itu burtambah tambah, burkasih kasihan orang banyak pun tawarlah.

13Tutapi barang siapa yang tinggal tutap sampie akhir kulak, iyalah akan mundapat slamat.

14Maka injil krajaan shorga ini akan dimashorkan dalam sagala dunia, akan munjadi saksi pada sagala bangsa; maka kumdian deri pada itu kulak akan datang kusudahan.

15Subarmula apabilah kamu akan mulihat kujahatan yang sangat busar itu, sapurti yang disubutkan ulih nabi Daniel, burdiri dalam tumpat yang sunyi, (adapun orang yang mumbacha itu, handaklah iya ingat baik baik:)

16Maka tutkala itu kulak orang yang dalam bunua Yahuda itupun handaklah iya lari purgi kagunong gunong:

17Dan lagi barang siapa yang ada diatas rumahnya, maka janganlah iya turun mungambil barang suatu yang ada dalam rumahnya:

18Dan lagi pula barang siapa yang ada diladangnya, maka janganlah iya pulang subab handak mungambil pukieannya.

19Tutapi karamlah bagie sagala prumpuan yang bunting, dan yang munyusui pada kutika itu!

20Tutapi handaklah kamu muminta doa supaya janganlah kulak hal lari mu itu pada musim dingin, dan jangan pula pada hari sabtu:

21Kurna tutkala itu kulak akan jadi kusukaran yang busar, iya itu bulom purnah jadi yang dumkian deri pada purmulahan dunia sampie skarang ini, dan skali kali tiada pula akan jadi yang dumkian itu kumdian.

22Maka jikalau sakiranya hari hari kususahan itu tiada disengkatkan, nuschaya barang sa'orang pun tiada akan slamat: tutapi deri subab orang yang turpilih itulah hari hari itu disengkatkan.

23Maka jikalau barang sa'orang kulak burkata pada kamu pada masa itu, Lihatlah Almasih. itu ada disini, atau disana; janganlah kamu purchaya.

24Kurna bubrapa Almasih dusta, dan nabi dusta akan burbangkit, mungadakan bubrapa mujizat busar busar dan ajaib; maka sampielah jikalau bulih, orang yang dipilih itu, handak disusutkannya.

25Maka ingatlah bahwa aku tulah munchurtrakan itu kapadamu turdahulu.

26Maka jikalau orang burkata kapadamu, Lihatlah, ada Almasih itu dipadang; maka janganlah kamu kluar: lihatlah, ada iya dalam bilek; skalipun janganlah kamu purchaya.

27Kurna sapurti kilat yang turpanchar deri mashrik, dan tupurling sampie kumakhrib; dumkianlah hal kudatangan Anak manusia.

28Kurna barang dimana ada bangkei, disitulah ada burung nasar burhimpun.

29Maka sapurti kumdian deripada hari hari kasukaran itu kulak, matahari akan digulapkan, dan bulan pun tiada burchaya, dan sagala bintang pun akan gugor deri langit, dan sagala kuasa langit pun akan burgonchang:

30Maka pada tutkala itulah kulak klihatan tandah Anak manusia dilangit: maka sagala bangsa diatas bumi pun akan dukachita, subab mulihat Anak manusia itu datang diatas awan dungan kuasa dan kumuliahan yang busar itu.

31Maka iya kulak akan munyurohkan maliekatnya muniup sangka kala yang busar bunyinya, maka akan dihimpunkan ulih maliekat sagala orang yang pilihannya datang deri ampat punjuru mata angin, deripada suatu fihak langit sampie suatu fihaknya.

32Skarang handaklah kamu blajar akan ibarat ini deripada pohon ara; Maka apabila basah dahannya, surta burtumbuh daunnya, nuschaya kamu kutauilah bahwa hampirlah musim kumaru adanya:

33Maka dumkian lagi, apabila kamu mulihat akan sagala purkara itu, kutauilah ulihmu iya itu ada hampir sudia dimuka pintu.

34Bahwa sasungguhnya aku burkata kapadamu, Bahwa sabulom habis orang zaman ini, maka skalian purkara itu akan jadi.

35Maka jikalau kiranya langit dan bumi ini lupot skalipun, tutapi purkataanku ini tiada akan lupot adanya.

36Adapun hari dan kutika itu tiada dikutaui ulih sa'orang jua pun, sahingga maliekat dalam shorga pun tiada mungataui, hanya Bapaku sahja.

37Adapun subagimana zaman Noh itu, dumkianlah adanya kudatangan Anak manusia itu pun,

38Kurna sapurti pada zaman dahulu deripada ayer bah itu, adalah marika itu makan dan minum, kahwen dan mumbri kahwen, sampie kapada hari kutika Noh masuk kudalam bahtranya.

39Maka tiada juga marika itu sudar, sahingga ayer bah itu mumbinasakan skaliannya, maka dumkianlah akan jadi kulak pada kutika datang Anak manusia pun.

40Maka pada tutkala itu kulak ada dua orang diladangnya: sa'orang akan diambil, dan sa'orang akan ditinggalkan.

41Maka dua prumpuan kulak mungisar pada kisarannya; sa'orang akan diambil, dan sa'orang akan ditinggalkan.

42Maka subab itu handaklah kamu burjaga: kurna tiada kamu kutaui pada waktu yang manakah tuhanmu itu akan datang.

43Tutapi handaklah kamu mungatahui, jikalau orang yang ampunya rumah sudah tahu pada kutika yang mana punchuri akan datang, nuschaya burjagalah iya, maka tiadalah dibrikannya rumahnya dipuchahkannya.

44Maka subab itu handaklah kamu ini burlungkap; kurna Anak manusia itu kulak akan datang pada waktu yang tiada kamu sangka.

45Siapakah kiranya hamba yang sutiawan dan bijaksana, yang tulah dibri kuasa ulih tuannya mumrentahkan orang isi rumahnya, yang mumbri makanan pada marika itu pada waktu yang supatutnya?

46Maka slamatlah kiranya hamba itu, apabila datang kulak tuannya, maka didapatinya iya burbuat dumkian itu.

47Maka sasungguhnya juga aku burkata padamu, Bahwa iya akan munjadikan hamba itu punghulu atas sagala harta bundanya.

48Tutapi jikalau hamba yang jahat itu akan burfikir dalam hatinya, Tuanku itu lambat datang;

49Maka dipukolnyalah akan samanya hamba, surta makan minum dungan orang mabok;

50Maka datanglah kulak tuannya itu pada hari yang tiada disangkanya, dan jam yang tiada dikutauinya,

51Maka iya kulak akan dibulahnya surta dibrinya bahgiannya sama dungan orang munafik: maka disanalah ada tangis tangisan dan kurtak gigi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran