Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 6 >> 

1INGATLAH baik baik, janganlah kamu mumbri sudukah dihadapan manusia supaya dilihat orang: maka jikalau dumkian, nuschaya tiadalah kulak kamu mundapat faala deripada Bapamu yang ada dishorga.

2Maka subab itu, apabila angkau mumbri sudukah, janganlah angkau munyuruh tiup srunie dihadapanmu, sapurti dipurbuat ulih orang orang munafik dalam kunisa kunisa, dan lorong lorong, supaya dipurmuliakan ulih manusia akan dia, maka sasungguhnya aku burkata padamu, bahwa itulah yang didapati marika itu faalanya.

3Tutapi apa bila kamu mumbri sudukah, bahwa janganlah angkau bri tau tangan kirimu, apa yang dipurbuat ulih tangan kananmu.

4Maka biarlah sudukahmu itu dungan tursumbunyi: dan bapamu yang ada mulihat sagala purkara yang tursumbunyi, maka iyalah juga akan mumbalas padamu nyata nyata.

5Apa bila angkau sumbahyang, maka janganlah angkau munurut kulakuan orang munafik, kurna marika itu suka sumbahyang dungan burdiri dalam kunisa kunisa, dan pada punjuru punjuru sempang sempang, supaya dilihat ulih manusia. Sasungguhnya aku burkata padamu, itulah yang didapati ulih marika itu faalanya.

6Tutapi apabila angkau sumbahyang, masuklah kudalam bilikmu, tutupkanlah pintumu, mintalah doa kapada Bapamu, maka Bapamu yang mulihat sagala purkara yang tursumbunyi, maka iyalah juga kulak mumbalas padamu nyata nyata.

7Maka apabila kamu muminta doa, janganlah mungulang ulangi purkataan yang sia sia, sapurti orang susat, kurna pada sangka marika itu, supaya ditrima Allah subab banyak purkataan.

8Maka subab itu, janganlah kamu turut kulakuan marika itu: kurna Bapamu itu mungataui iya akan barang purkara yang burguna padamu, iya itu turdahulu deripada kamu muminta kapadanya.

9Subab itu handaklah kamu muminta doa dumkian bunyinya: Bapa kami yang ada dishorga, turmulialah kiranya namamu.

10Luaslah kiranya krajaanmu, kahandakmu burlakulah diatas bumi ini, sapurti dalam shorga.

11Brilah kiranya akan kami, pada hari ini rizki yang chukop.

12Dan ampunilah kiranya sagala salah kami, sapurti kami mungampuni kusalahan orang lain pada kami.

13Maka janganlah kiranya masokkan kami kapada purchobaan, mulainkan lupaskanlah kami deripada yang jahat, kurna angkaulah yang ampunya krajaan, dan kuasa, dan kamulian, pada slama lamanya. Amin.

14Kurna jikalau kamu mungampuni kusalahan orang lain, maka Bapamu yang ada dishorga pun akan mungampuni pula kusalahanmu:

15Tutapi jikalau tiada kamu mungampuni kusalahan orang lain, maka Bapamu pun tiada akan mungampuni kusalahanmu.

16Dan lagi pula apa bila kamu puasa, janganlah kamu munurut klakuan orang munafik dungan masam muka, kurna marika itu mungubahkan rupa mukanya, supaya dilihat ulih orang iya puasa. Maka sasungguhnya aku burkata padamu, Bahwa itulah yang didapati ulih marika itu faalanya.

17Adapun apabila angkau puasa, handaklah angkau mumakie minyak kupalamu, surta mumbasoh mukamu;

18Supaya jangan rupamu klihatan kapada orang angkau puasa, mulainkan biarlah dilihat ulih Bapamu yang tiada klihatan: maka Bapamu yang mulihat sagala purkara yang tursumbunyi itu, maka iyalah juga akan mumbalas padamu nyata nyata.

19Maka janganlah kamu simpan bagiemu harta diatas bumi, iya itu ditumpat gagat dan karat mumbinasakan, dan ditumpat punchuri mungorek lalu munchuri:

20Tutapi simpanlah hartamu dalam shorga, iya itu ditumpat yang tiada burgagat, dan karat mumbinasakan, dan tiada pula punchuri mungorek atau munchuri:

21Kurna barang dimana ada hartamu, maka disitulah juga ada hatimu.

22Adapun yang munurangkan tuboh iya itulah mata: maka subab itu jikalau matamu itu baik, nuschaya sagala tubohmu pun tranglah adanya.

23Tutapi jikalau matamu itu jahat, nuschaya sagala tubohmu itu pun punohlah glap adanya. Maka subab itulah, jikalau kiranya trang yang didalam dirimu itu munjadi glap, untah bagimanakah grangan busarnya glap itu!

24Barmula tiada bulih sa'orang hamba itu, burtuankan dua orang: kurna dapat tiada kulak iya mumbunchikan salah suatu, dan mungasihi suatu, atau iya pugang dungan salah suatu, dan dibunchikannya suatu. Tiada bulih kamu munjadi hamba bagie Allah, dan kukayaan dunia.

25Subab itu aku burkata pada kamu, janganlah kamu munaroh fikiran deri hal kahidopanmu, apa yang handak kamu makan atau minum; dan lagi jangan kamu munaroh fikiran deri hal tubohmu, apakah yang handak kamu pakie. Bukankah hidopmu itu purkara yang turlebih busar deripada rizkimu, dan tubohmu itu pun purkara yang turlebih busar deripada pakieanmu?

26Tengoklah akan sagala burung yang diudara: tiada iya munyumie, dan tiada pula iya munuwie, dan lagi tiada dihimpunkannya bukal dalam langgoan; tutapi Bapamu yang ada dishorga itu, mumliharakan dia. Bukankah turutama pula angkau deripada burung burung itu?

27Siapakah grangan deripadamu yang ada munaroh fikiran, bulih burtambah lanjut umurnya barang sadikit sahja?

28Dan mungapa angkau munaroh fikiran derihal pakieanmu? Maka timbangkanlah akan hal bunga bunga lili dipadang, bagimana iya burtumbuh; tiada iya burusaha, dan tiada iya mumintal bunang:

29Maka aku burkata padamu, Bahwa sungguh pun Sulieman dumkian busar kamuliaannya, tiada burprihasan sapurti prihasan skuntum bunga itu.

30Adapun jikalau dumkianlah dihiasi Allah akan rumput rumputan dipadang, iya itu yang pada hari ini ada, maka esoknya dichampakkan kudalam dapur, bahwa bukankah turutama pula iya mumbri pakiean akan kamu itu, hie orang yang kurang iman?

31Subab itu janganlah kamu munaroh fikiran, sambil burkata, Apakah yang handak kami makan? atau, Apakah yang handak kami minum? atau, Apakah yang kami handak pakie?

32(Kurna sagala purkara inilah dituntut ulih orang susat:) kurna Bapamu yang ada dishorga itu mungataui iya akan sagala purkara yang burguna padamu.

33Tutapi charilah kamu dahulu krajaan Allah, surta dungan kubunarannya; maka sagala purkara itu akan ditambahi pada kamu.

34Subab itu janganlah kamu munaroh fikiran akan hari esok itu: kurna esok itu ada munaroh fikiran deri hal dirinya sundiri, maka chukoplah pada sa'hari itu dungan kasusahannya sundiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran