Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 7 >> 

1BAHWA janganlah kamu munyalahkan orang, supaya kamu pun tiada disalahkannya.

2Kurna dungan kusalahan yang kamu salahkan: itu juga kamu akan disalahkan, maka dungan sukatan yang kamu sukatkan, itu juga kamu akan disukatkan.

3Maka apa subab angkau hiraukan sampah yang ada dalam mata saudaramu, tutapi balak yang dalam matamu sindiri itu tiada angkau indahkan?

4Atau bagimana angkau bulih burkata pada saudaramu, Biarlah aku kluarkan sampah yang didalam matamu; maka hieran, ada sa'batang balak dalam matamu sindiri?

5Hie monafik, kluarkanlah dahulu balak yang didalam matamu sindiri itu; kumdian kulak bulihlah angkau mulihat dungan trangnya, bagimana angkau bulih mungluarkan sampah yang dalam mata saudaramu itu.

6Janganlah angkau brikan bunda yang suchi itu kapada anjing, atau jangan champakkan mutiaramu dihadapan babi, maka kalau dipijak pijaknya dungan kakinya, surta iya burbalik munggigit kamu.

7Mintalah, maka akan dibri; charilah, maka kamu akan mundapat; kutoklah, maka akan dibukakan:

8Kurna barang siapa yang muminta iya juga akan burulih; dan barang siapa yang munchari iya juga akan mundapat; dan pada yang mungutok akan dibukakan.

9Maka siapakah iya itu diantara kamu, jikalau anaknya muminta roti akan dia, adakah dibrinya batu padanya?

10Dan jikalau dipintanya ikan, adakah dibrinya ular padanya.

11Subab itu, jikalau yang jahat itu, tau mumbri bunda bunda yang baik pada anakmu, istimewa pula Bapamu yang ada dishorga itu, akan mumbri bunda yang baik kapada sagala orang yang muminta kapadanya?

12Maka subab itu barang apa yang angkau sukai orang lain burbuat padamu, dumkianlah handaknya kamu pun burbuat padanya: kurna purkataan inilah jumlah tauret dan surat sagala nabi nabi.

13Maka masoklah kamu dipintu yang sumpit: kurna luaslah pintu, dan lebarlah jalan yang mumbawa kapada kabinasaan, maka banyaklah orang yang masok kasitu:

14Bahwa sumpitlah pintu, dan susaklah jalan, yang mumbawa kapada hidop kukal, maka sudikit juga orang yang mundapat dia.

15Ingatlah kamu deripada nabi nabi yang dusta, yang datang kapadamu dungan mumbuat buat dirinya sapurti domba, tutapi dalam hati marika itu sapurti sirigala yang munurkam.

16Maka deripada pri buah buah klakuannya, kamu akan mungataui dia, adakah purnah orang mumutek buah anggor deripada pokok duri, atau buah ara deripada pokok unak?

17Maka dumkianlah barang suatu pohon kayu yang baik, iya itu burbuah yang baik, tutapi barang suatu pohon kayu yang tiada baik, iya itu burbuah yang tiada baik.

18Maka tiada bulih pohon kayu yang baik itu burbuah yang tiada baik, dan tiada bulih pohon kayu yang tiada baik itu burbuah yang baik.

19Adapun barang sa'suatu pohon kayu yang tiada burbuah yang baik, iya itu diTuhang dibuangkan kudalam api.

20Subab itu, deripada pri buah buahannya kamu akan mungataui dia.

21Maka bahwasanya bukannya sagala orang yang burkata padaku, iya Mulana, iya Mulana, iya itu bulih masok kadalam krajaan shorga; mulainkan orang yang burbuat kahandak Bapaku yang ada dishorga.

22Maka adalah pada hari itu kulak, banyak orang akan burkata pada aku, Mulana, Mulana, bukankah dungan kuasa namamu, kami tulah mungajar? dan dungan kuasa namamu juga kami tulah mumbuangkan bubrapa jin? dan dungan kuasa namamu juga kami tulah mungadakan bubrapa purbuatan yang ajaib?

23Maka tutkala itu kulak, aku akan burkata pada marika itu, Bahwa skali kali tiada kukunal kamu: lalulah deri hadapanku, hie orang yang burbuat jahat.

24Bahwa subab itu barang siapa yang sudah munungar purkataanku surta dipurbuatnya akan dia, maka adalah iya itu kuumpamakan dungan sa'orang bijaksana, yang tulah mumbangunkan rumahnya diatas sa'buah batu busi:

25Maka turunlah hujan lubat, dan ayer pun bahlah, maka burtiuplah angin yang kras, lain munumpoh rumah itu; tiada juga iya roboh, kurna iya itu turalas diatas batu busi adanya.

26Dan lagi barang siapa yang munungar purkataanku ini, maka tiada dipurbuatnya akan dia, maka iya itu diumpamakan dungan sa'orang bodoh, yang tulah mungbangunkan rumahnya diatas pasir:

27Maka turunlah hujan lubat, dan ayer pun bahlah, maka burtiuplah angin yang kras lain munumpoh rumah itu; maka robohlah iya: busarlah kurobohannya itu.

28Adapun apabila habislah purkataan Isa ini, maka turchungang chunganglah marika itu ulih subab pungajarannya itu:

29Kurna iya mungajar marika itu, sapurti orang yang mumpunyai kuasa adanya, maka bukannya sapurti khatib khatib.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran