Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Timotius 3 >> 

Kemungkaran pada akhir zaman

1Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar.

2Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci-maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci,

3tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan,

4khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah.

5Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian.

6Di kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan.

7Perempuan-perempuan ini sentiasa belajar tetapi tidak menerima kebenaran.

8Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Nabi Musa dahulu, demikianlah orang ini menentang ajaran yang benar

9Namun mereka tidak akan berjaya lebih jauh lagi, kerana semua orang akan menyedari kebodohan mereka, seperti halnya dengan Yanes dan Yambres dahulu.

Perintah Paulus untuk Timotius

10Tetapi kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku.

11Kau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra

12Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Isa al-Masih akan dianiaya.

13Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya.

14Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari,

15dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Isa al-Masih.

16Seluruh Kitab Suci diwahyukan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.

17Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Timotius 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2017
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran