1Nyanyian ziarah Daud. Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku, ‘Marilah kita masuk ke rumah TUHAN.’
2Kaki kami telah berjejak dalam kawasanmu, wahai Baitulmaqdis.
3Baitulmaqdis telah dibina sebagai kota yang padu padat dan mampat.
4Di sana suku-suku pergi, suku-suku umat TUHAN,kepada kesaksian Israel untuk mengucap syukur kepada nama TUHAN.
5Takhta-takhta ditempatkan di situ untuk penghakiman, takhta-takhta keluarga Daud.
6Berdoalah untuk kesejahteraan Baitulmaqdis: ‘Semoga makmur mereka yang mengasihimu.
7Semoga kesejahteraan meliputi kawasanmu dan kemakmuran memenuhi istana-istanamu.’
8Untuk saudara-saudara dan teman-temanku, aku akan berkata sekarang, ‘Semoga sejahtera di dalammu.’
9Kerana rumah Allah TUHAN kita, aku akan berusaha untuk kebaikanmu.