1Nyanyian ziarah Sulaiman. Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya.Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.
2Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi,berjaga sampai larut malam,bertungkus-lumus untuk mencari makanan
3Ketahuilah, anak-anak adalah warisan daripada TUHAN, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.
4Seperti anak-anak panah di tangan perwirademikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.
5Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian.Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.