1Mazmur Daud. Ya TUHAN, aku berseru kepada-Mu; segeralah datang kepadaku. Dengarlah suaraku apabila aku berseru kepada-Mu.
2Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi; penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang.
3Jagalah, Ya TUHAN, mulutku; awasilah pintu bibirku.
4Jangan cenderungkan hatiku ke arah kejahatan, untuk mengamalkan pekerjaan zalimdengan orang yang melakukan durjana; dan jangan biarkan aku makan hidangan lazat mereka.
5Biarlah orang yang benar memukulku
6hakim-hakim mereka dihumbankan dari tepi gaung, dan mereka mendengar kata-kataku kerana kata-kataku manis.
7Mereka akan berkata, ‘Tulang-tulang kami berserakan di lubang kubur, seperti ketika orang membajak dan memecah-mecahkan tanah.’
8Tetapi mataku tertumpu kepada-Mu, Ya Allah Ya TUHAN; kepada-Mu aku berlindung
9Jauhkan aku daripada jerat yang telah dipasang oleh mereka untukku, dan daripada perangkap orang yang melakukan kejahatan.
10Biarlah orang zalim terjerumus ke dalam jerat mereka sendiri, sedangkan aku terlepas dan selamat.