Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 55 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan alat-alat muzik bertali. Renungan Daud. Dengarlah doaku, Ya Allah, dan jangan palingkan wajah-Mu daripada rayuanku;

2berilah perhatian-Mu kepadaku, dengarlah kata-kataku.Aku gelisah menderita, aku merintih kuat

3kerana mendengar suara musuh, kerana ditindas orang zalim;mereka membawa kesusahan kepadaku dan mereka marah serta membenciku.

4Hatiku terseksa; dan dihimpit rasa ngeri akan dahsyatnya maut.

5Aku berasa gerun dan gementar; aku tertekan oleh ketakutan.

6Maka aku berkata, ‘Kalaulah aku bersayap seperti merpati! aku akan terbang ke mana-mana mencari damai

7Aku akan pergi jauh dan tinggal di gurun;

8aku akan segera melarikan diri, daripada angin kencang dan ribut.’

9Binasakanlah mereka, Ya TUHAN, kelirukan lidah mereka, kerana aku telah melihat keganasan dan rusuhan di kota.

10Siang malam mereka mengelilingi kota; melakukan kejahatan dan membawa kekacauan.

11Pembinasaan berlaku di tengah kota; penindasan dan penipuan menetap di jalan-jalan rayanya.

12Bukan musuh yang mengecamku, kalau musuh, masih dapat kutanggung;bukan pembenciku yang bangkit menentangku, kalau pembenciku, masih dapat aku bersembunyi.

13Tetapi kamu yang melakukannya, rakan sebayaku, temanku, kawanku,

14dulu kita berbincang mesra dan berjalan seiring ke rumah Allah di tengah orang ramai.

15Biar maut menyambar mereka; biar mereka turun hidup-hidup ke neraka, kerana kejahatan meliputi tempat tinggal dan perhimpunan mereka.

16Aku akan berseru kepada Allah, dan TUHAN akan menyelamatkan aku.

17Petang, pagi dan tengah hari aku akan berdoa dan meratap kuat, dan Dia akan mendengar suaraku.

18Dia telah menyelamatkan nyawaku dan membawaku pulang dengan selamat dari medan perang, padahal musuhku begitu ramai.

19Allah yang wujud selama-lamanya, Allah akan mendengar dan menghukum mereka

20Bekas sahabatku itu telah menyerang orang yang hidup berbaik-baik dengannya; dia telah memungkiri janjinya.

21Kata-katanya halus lunak, tetapi niat perang tersembunyi di hatinya;kata-katanya lemah-lembut, tetapi serupa pedang terhunus.

22Serahkanlah bebanmu kepada TUHAN Dia akan menolongmu; Dia tidak akan membiarkan orang yang benar dikalahkan.

23Engkau, Ya Allah, akan membinasakan orang zalim ke dalam lembah kehancuran;orang yang suka menumpahkan darah dan menipu tidak akan mencapai separuh usia.Aku akan percaya kepada-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 55 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran