Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Maleakhi 3 >> 

1TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, "Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku."

2Tetapi siapakah yang dapat tahan pada hari Dia datang dan menampakkan diri? Dia seperti sabun yang kuat dan seperti api yang memurnikan logam.

3Dia akan datang untuk menghakimi orang, seperti seorang yang membersihkan dan memurnikan perak. Sebagaimana tukang logam membersihkan dan memurnikan emas dan perak, demikian juga utusan TUHAN akan memurnikan para imam supaya mereka mempersembahkan korban yang layak dipersembahkan kepada TUHAN.

4Kemudian seperti pada zaman dahulu, TUHAN akan berkenan kepada korban yang dipersembahkan kepada-Nya oleh penduduk Yehuda dan Yerusalem.

5TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, "Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku."

Persembahan Persepuluhan

6"Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali.

7Seperti nenek moyang kamu dahulu, kamu semua sudah menyimpang daripada hukum-Ku dan tidak setia melaksanakannya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang harus kami lakukan untuk kembali kepada-Mu?’

8Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’

9Kamu semua kena kutuk kerana segenap bangsa menipu Aku.

10Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.

11Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu; pokok anggur kamu akan berbuah lebat.

12Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik."

Allah Menjanjikan Belas Kasihan

13TUHAN berfirman, "Kata-kata kamu sangat menghina Aku. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang kami katakan tentang Engkau?’

14Kamu berkata, ‘Sia-sia saja mengabdikan diri kepada Allah. Apakah gunanya menurut perintah-Nya, atau menunjukkan bahawa kita menyesali kesalahan kita di hadapan TUHAN Yang Maha Kuasa?

15Kita sendiri melihat bahawa orang sombonglah yang berbahagia. Orang jahat tidak hanya bertambah makmur, bahkan mereka mencubai kesabaran Allah dengan berbuat jahat, dan mereka selalu terlepas daripada hukuman.’"

16Kemudian orang yang takut akan TUHAN bercakap sesama sendiri. TUHAN mendengar dan memperhatikan kata-kata mereka itu. Di hadapan TUHAN, nama setiap orang yang menghormati-Nya dan takut akan Dia, ditulis di dalam sebuah kitab.

17TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, "Mereka akan menjadi umat-Ku. Pada hari Aku bertindak kelak, mereka akan menjadi milik-Ku yang khas. Aku akan berbelas kasihan kepada mereka seperti seorang bapa berbelas kasihan kepada anak yang mengabdikan diri kepadanya.

18Umat-Ku akan melihat lagi perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Maleakhi 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel