Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 49 >> 

Sia-Sia Bergantung kepada Kekayaan

1Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. (49-2) Dengarlah ini, hai semua orang. Dengarlah, hai semua penduduk dunia,

2(49-3) baik orang biasa mahupun orang terkemuka, baik orang miskin mahupun orang kaya.

3(49-4) Aku akan mengucapkan kata-kata yang bijak, buah fikiranku penuh pengertian.

4(49-5) Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa, dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi.

5(49-6) Aku tidak takut akan masa kesusahan, ketika aku dikelilingi oleh musuh,

6(49-7) orang yang bergantung kepada kekayaan mereka, dan membanggakan harta mereka yang banyak.

7(49-8) Tidak seorang pun dapat menebus dirinya; dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah,

8(49-9) kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal; apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup

9(49-10) untuk mengelakkan diri dari kubur, supaya dia dapat hidup selama-lamanya.

10(49-11) Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal; orang bodoh dan orang tolol pun akan mati. Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.

11(49-12) Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka; di sana mereka tinggal selama-lamanya, walaupun mereka pernah mempunyai tanah.

12(49-13) Walaupun manusia itu kaya, seperti haiwan, mereka akan mati juga.

13(49-14) Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri, dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka.

14(49-15) Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati, dan digembalakan oleh maut. Orang jujur akan mengalahkan mereka, mayat mereka cepat mereput; dunia orang mati menjadi kediaman mereka.

15(49-16) Tetapi Allah akan menyelamatkan aku; Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut.

16(49-17) Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya, apabila harta mereka bertambah-tambah;

17(49-18) apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa; harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.

18(49-19) Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka, dan dipuji kerana kejayaan mereka,

19(49-20) mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga, ke tempat yang gelap selama-lamanya.

20(49-21) Walaupun manusia menjadi kaya, seperti haiwan, mereka akan mati juga.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 49 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran