Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ratapan 3 >> 

Hukuman, Pertaubatan, dan Harapan

1Akulah yang tahu bagaimana rasanya dihukum oleh Allah.

2Dia menyeret aku ke tempat yang semakin gelap,

3dan bertubi-tubi memukul aku tanpa belas kasihan.

4Dia melukakan badanku dengan parah dan mematahkan tulang-tulangku.

5Dia meliputi aku dengan kesedihan dan penderitaan.

6Dia memaksa aku tinggal dalam kegelapan, seperti orang yang mati pada zaman silam.

7Dia merantai aku dengan kuat; aku dipenjarakan tanpa harapan untuk melarikan diri.

8Aku berseru meminta pertolongan, tetapi Allah tidak mahu mendengarkan aku.

9Aku berjalan terhuyung-hayang; jalanku dihalangi dengan tembok batu.

10Dia mengadang aku seperti seekor beruang; Dia menerkam aku seperti seekor singa.

11Dia mengejar aku sehingga aku menyimpang jalan, lalu mencabik-cabikkan aku dan meninggalkan aku.

12Dia merentangkan busur-Nya, dan menjadikan aku sasaran anak panah-Nya.

13Anak panah-Nya menembus tubuhku, sampai menusuk jantungku.

14Orang mentertawakan aku sepanjang hari; aku dijadikan bahan sindiran.

15Hanya kepahitan yang diberikan-Nya kepadaku sebagai minuman dan makanan.

16Dia menggosokkan mukaku pada tanah, dan menghantukkan gigiku pada batu sehingga patah.

17Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan.

18Aku tidak akan hidup lama lagi, sudah hilang harapanku kepada TUHAN.

19Memikirkan pengembaraan dan penderitaanku, bagaikan makan racun yang pahit.

20Aku terus-menerus memikirkan hal itu, sehingga batinku tertekan.

21Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini:

22Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan;

23selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia!

24TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya.

Harapan bagi Israel

25TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya.

26Oleh itu baiklah kita menantikan Dia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.

27Baiklah kita belajar tabah hati ketika masih muda.

28Apabila Dia mendatangkan penderitaan, kita harus duduk sendirian dan berdiam diri.

29Kita harus merendahkan diri dan berserah, kerana mungkin masih ada harapan.

30Walaupun dipukul dan dihina, kita harus menerima semuanya.

31Tuhan berbelas kasihan dan tidak akan menolak kita selama-lamanya.

32Walaupun Dia mendatangkan penderitaan kepada kita, Dia tetap mengasihi kita dengan kasih yang tiada batas.

33Dia tidak suka menyebabkan kita menderita dan sedih.

34Tuhan tahu apabila batin kita tertekan waktu dalam tahanan;

35Dia tahu apabila kita kehilangan hak yang diberikan-Nya kepada kita;

36apabila keadilan diputarbalikkan, pasti Tuhan mengetahuinya.

37Kehendak Tuhan sahaja yang selalu berlaku.

38Kebaikan dan kejahatan berlaku hanya dengan perintah Tuhan.

39Mengapakah kita bersungut apabila dihukum kerana dosa kita?

40Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN.

41Marilah kita membuka hati kepada Allah di syurga dan berdoa,

42"Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.

43Engkau mengejar dan membunuh kami; kemurkaan-Mu menyembunyikan belas kasihan-Mu.

44Kemurkaan-Mu bagaikan awan yang sangat tebal, sehingga tidak dapat ditembusi doa.

45Engkau menjadikan kami seperti sampah pada pandangan seluruh dunia.

46Kami dihina dan dipermainkan oleh semua musuh;

47kami ditimpa malapetaka dan kehancuran; kami hidup dalam bahaya dan ketakutan.

48Air mataku mengalir seperti sungai kerana bangsaku telah hancur.

49Air mataku tidak akan berhenti bercucuran

50sehingga TUHAN dari syurga, memandang dan memperhatikan kami.

51Hatiku pilu apabila melihat hal yang berlaku kepada kaum wanita di kota kami.

52Aku diperangkap seperti burung oleh musuh yang membenci aku tanpa alasan.

53Mereka membuang aku hidup-hidup ke dalam lubang yang dalam, lalu menutup mulut lubang dengan batu.

54Air naik sampai ke kepalaku, dan aku berfikir bahawa kematianku sudah hampir.

55Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu.

56Apabila aku memohon Engkau menolong aku, Engkau mendengarkan seruanku.

57Engkau mengabulkan doaku, dan berfirman kepadaku, ‘Jangan takut.’

58Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan, dan Engkau menyelamatkan nyawaku.

59Engkau melihat kejahatan yang dilakukan terhadapku; oleh itu belalah perkaraku.

60Engkau tahu bahawa musuh membenci aku, dan mereka bermuslihat terhadapku.

61Engkau mendengar mereka menghina aku, ya TUHAN; Engkau tahu akan semua muslihat mereka.

62Sepanjang hari mereka mempercakapkan aku, dan merancang untuk mencelakakan aku.

63Dari pagi hingga petang mereka mengejek aku.

64Ya TUHAN, hukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka.

65Kutuklah mereka dan patahkanlah semangat mereka!

66Burulah mereka dan hapuskanlah mereka dari dunia."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ratapan 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran