Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 35 >> 

Murka Allah terhadap Pergunungan Seir

1Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

2‘Wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu ke Pergunungan Seir dan bernubuatlah menentangnya.

3Katakan kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai Pergunungan Seir. Aku akan menghulurkan tangan-Ku melawan engkau dan menjadikan kamu sunyi sepi serta tandus.

4Kota-kotamu akan Kubuat menjadi reruntuhan, dan engkau akan menjadi sunyi sepi. Maka engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

5Kerana engkau terus memendam rasa permusuhan yang sudah ada sejak dahulu, dan engkau menyerahkan orang Israel kepada kuasa pedang pada waktu mereka mengalami kesusahan, iaitu pada waktu penghukuman ke atas mereka mencapai puncaknya,

6maka demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku telah menetapkan bahawa darahmu akan tertumpah; penumpahan darah akan mengejar engkau. Engkau tidak membenci penumpahan darah, maka penumpahan darah akan mengejar engkau.

7Aku akan menjadikan Pergunungan Seir sunyi sepi dan tandus; orang yang lalu-lalang di situ akan Kulenyapkan.

8Aku akan memenuhi pergunungannya dengan orang yang mati terbunuh. Di bukit-bukitmu, di lembah-lembahmu, dan di segala alur sungaimu akan bergelimpangan dengan orang yang terbunuh oleh pedang.

9Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi untuk selama-lamanya, dan kota-kotamu tidak akan dihuni lagi. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

10Kerana engkau berkata, “Kedua-dua bangsa dan kedua-dua buah negeri itu akan menjadi milikku. Kita akan memilikinya!” – padahal TUHAN hadir di situ –

11maka demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan memperlakukan engkau selaras dengan amarah dan dengki yang kautunjukkan dalam kebencianmu terhadap mereka. Akan Kunyatakan diri kepada mereka ketika Aku menghakimi engkau.

12Maka engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, mendengar segala nista yang kaukatakan kepada gunung-gunung Israel: ‘Semuanya sudah binasa dan diserahkan sebagai makanan kita.’

13Kamu membesarkan diri terhadap Aku dengan mulutmu, dan melipatgandakan kata-katamu menentang Aku. Aku mendengarnya.

14Beginilah firman Tuhan ALLAH: Ketika seluruh bumi bergembira, Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi.

15Sebagaimana engkau bergembira atas harta pusaka keturunan kaum Israel yang menjadi sunyi, demikianlah Aku akan membalas atas kamu. Engkau akan menjadi sunyi sepi, wahai Pergunungan Seir dan seluruh Edom. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.” ’



 <<  Yehezkiel 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel