Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 8 >> 

FATSAL VIII.

1TAMBAHAN pula hie saudara saudaraku, bahwa kami mŭma’alomkan kapada kamu deri hal anugrah Allah yang tŭlah dikurniakannya kapada sagala sidang jŭmaah yang diMakadonia;

2Bagimana dalam bŭsar pŭrchobaan kasukaran itu, maka kalempahan kagŭmaran marika itu sŭrta dŭngan kapapaannya sangat tŭlah mŭliputilah akan kakayaan kamurahan marika itu.

3Kŭrna deri hal kwasa marika itu, aku akan mŭnjadi saksi, bahkan, tŭrlebih deripada kwasanya iyalah sŭndiri mŭrelakan;

4Iya mŭmohonkan kapada kami dŭngan bŭbrapa pŭrmintaan supaya kami mŭnŭrima sŭdŭkah itu, dan mŭnangong pŭkŭrjaan mŭmliharakan orang orang salih itu.

5Dan bukannya spŭrti kami harap itu, mŭlainkan tŭrdahulu disŭrahkannya dirinya kapada Tuhan, dan kumdian kapada kami dŭngan kahandak Allah.

6Sahingga kami mŭminta kapada Titus, spŭrti iya tŭlah sudah mŭmulai, maka dŭmkianlah juga handaknya dihabiskannya kapadamu pun dŭngan kurnia yang sama juga.

7Sŭbab itu spŭrti kamu tŭlah lempahlah dalam sagala pŭrkara itu, iya itu iman, dan pŭrkataan, dan pŭngatahuan, sŭrta dŭngan sagala usaha, dan pŭngasihan kamu akan kami, bahwa ingatlah supaya kamu bŭrlempah pula dalam kurnia inipun.

8Bahwa bukannya aku mŭngatakan ini dŭngan prentah, tŭtapi deri sŭbab rajin orang lain lain, dan supaya handak mŭnchobai akan tulos pŭngasihan kamu adanya.

9Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui akan anugrah Tuhan kami Isa Almasih, iya itu sungguhpun iya kaya, tŭtapi ulih sŭbab kamu iya tŭlah mŭnjadi papa, supaya kamu bulih mŭnjadi kaya ulih sŭbab kapapaannya itu.

10Maka disinilah aku mŭmbri akhtiarku: kŭrna ini adalah bŭrfiedah bagie kamu, yang tŭlah mŭmulai dahulu, bukannya handak bŭrbuat sahja, mŭlainkan relalah kamu pula sa’tahun lalu.

11Sŭbab itu skarang handaklah kamu pun mŭnggŭnapi pŭrbuatan itu; iya itu, spŭrti adalah sŭdia dahulu niat itu, maka dŭmkianlah juga biarlah pŭrbuatan pun tŭrbit deripada apa yang ada pada kamu itu.

12Kŭrna jikalau dahulu ada rela hati itu, maka ditrima sŭkŭdar yang ada pada orang itu, bukannya spŭrti yang tiada kapadanya.

13Kŭrna bukannya niatku supaya orang lain lain mŭnjadi sŭnang, kamu mŭnjadi brat.

14Mŭlainkan biarlah sama, supaya pada masa ini skarang kalempahanmu itu kŭlak mŭnggŭnapi kakorangannya itu, dan kalempahannya itupun bulihlah kŭlak mŭnggŭnapi akan kakoranganmu, supaya jadi bŭrsamaanlah adanya.

15Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, bahwa orang yang tŭlah mŭngampongkan banyak itu, maka tiada bŭrlebih padanya; dan orang yang tŭlah mŭngampongkan sŭdikit itupun tiadalah bŭrkurangan.

16Tŭtapi shukorlah kiranya kapada Allah yang tŭlah mŭmasokkan sama ingatan yang yakin dalam hati Titus ulih sŭbab kami.

17Kŭrna sŭsungguhnya iya tŭlah mŭnŭrima nasihat itu; tŭtapi sŭbab lebih karelaannya, maka pŭrgilah iya dŭngan niatnya sŭndiri mŭndapatkan kamu.

18Maka kami pun tŭlah mŭnyurohkan pŭrgi bŭrsama sama dŭngan dia sa’orang saudara itu, yang tŭrpuji ulih sagala sidang jŭmaah sŭbab iya mŭmashorkan Injil.

19Maka bukannya itu sahja, mŭlainkan tŭlah dipilih pula akan dia ulih sagala sidang jŭmaah mŭnjadi kawan kami dalam pŭrjalanan anugrah ini, yang dilakukan ulih kami sŭbab kamulian Tuhan itu juga, dan iya itu akan mŭnyatakan ingatan kamu pun ada sŭdia mŭnurot.

20Maka dijauhkan ini, iya itu supaya jangan sa’orang pun mŭnchŭlakan kami ulih subab kalempahan ini yang dikŭrjakan ulih kami.

21Maka handaklah kami mŭlakukan sagala pŭrkara yang tulos, bahwa bukannya dihadapan Tuhan sahja, mŭlainkan dihadapan sagala manusia pun.

22Maka kami tŭlah mŭnyuroh pŭrgi sŭrta marika itu akan saudara kami, yang tŭlah kami mŭnchobai kŭrap kali rajinnya dalam bŭbrapa pŭrkara, tŭtapi tŭrlebih rajinnya skarang deri kŭrna pŭngharapan bŭsar yang ada padanya deri hal kamu.

23Jikalau barang sa’orang handak bŭrtanya deri hal Titus itu, maka adalah iya itu bŭrskutuan dan pŭnulonganku sŭbab kamu, atau bŭrtanya deri hal saudara saudara kami, maka marika itu utus utusan sagala sidang jŭmaah, dan kamulian Almasih.

24Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭnunjokkan kapada marika itu, dan kapada sidang jŭmaah, akan saksi pŭngasihan kamu, dan kŭmŭgahan kami deri hal kamu.



 <<  2 Korintus 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran