Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA inilah Wahi Isa Almasih, yang tŭlah dikurniakan Allah padanya, supaya mŭnunjokkan kapada sagala hambanya akan sagala pŭrkara yang dapat tiada akan jadi dŭngan sŭgranya; maka disurohkannya kapada mŭliekatnya mŭnyatakan kapada hambanya Yahya:

2Yang mŭnjadi saksi deri hal pŭrkataan Allah itu, dan yang disaksikan ulih Isa Almasih, dan deri hal sagala sŭsuatu yang tŭlah dilihatnya.

3Bŭrbahgialah kiranya orang yang mŭmbacha, dan sagala orang yang mŭnŭngar pun akan pŭrkataan nabuatan ini, sŭrta dipliharakannya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalamnya, kŭrna kutikanya tŭlah hampir adanya.

4Deripada YAHYA datang kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia: bahwa nihmat, dan sŭjahtralah kiranya deripadanya yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang, dan deripada tujoh arwah yang ada dihadapan arash Allah;

5Dan deripada Isa Almasih saksi yang sŭtiawan itu adanya, dan anak sulong yang pŭrtama deripada matinya, dan pŭnghulu sagala raja yang dibumi, kapada yang mŭngasihi kami sŭrta mŭmbasoh kami deripada dosa kami dŭngan bŭrkat darahnya sŭndiri,

6Dan tŭlah mŭnjadikan kami raja, dan imam bagie Allah iya itu Ayahnya; biarlah kiranya kamuliaan, dan kwasa bagienya pada slama lamanya. Amin.

7Tenggoklah, iya datang diatas awan awan: dan sagala mata akan mŭlihat dia sŭrta orang orang yang tŭlah mŭnikam dia itupun, maka sagala bangsa orang dibumi pun akan mŭratap ulih sŭbabnya, sŭsungguhnya dŭmkian. Amin.

8Kata Tuhan, akulah Alif dan Ya, iya itu pŭrmulaan dan kasudahan, yang ada, yang tŭlah ada, dan yang akan datang, yang maha kwasa.

9Bahwa aku ini Yahya, dan lagi saudaramu, dan taulanmu dalam kasukaran, dan dalam krajaan, dan sabar Isa Almasih, tŭlah ada dalam pulau yang bŭrnama Patmos, kŭrna pŭrkataan Allah, dan kŭrna mŭnyaksikan Isa Almasih.

10Bahwa adalah aku ini dalam Roh iya itu pada hari Tuhan, dan mŭnŭngar deri bŭlakangku suatu swara spŭrti bunyi nafiri adanya.

11Katanya, Akulah Alif dan Ya, yang pŭrmulaan dan yang kasudahan: Maka barang yang angkau lihat, suratkanlah dalam suatu kitab, maka kirimkanlah kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia; iya itu kapada Efesus, dan kapada Smyrna, dan kapada Pergamos, dan kapada Thieatira, dan kapada Sardis, dan kapada Filadalfia, dan kapada Laodikia.

12Maka aku pun bŭrpalinglah handak mŭlihat swara yang bŭrkata kata kapadaku itu; dŭmi aku bŭrpaling, maka kulihat tujoh kaki dian yang kaamasan;

13Maka pada sama tŭngah tujoh kaki dian itu adalah sa’orang, iya itu sŭrupa Anak manusia, tŭrpakie suatu baju sampie kakaki, dan bŭrkŭmban dŭngan chindie kaamasan.

14Maka kŭpalanya dan rambutnya putih spŭrti bulu domba, spŭrti thalj putihnya; dan matanya spŭrti api bŭrnyala.

15Adapun kakinya sŭrupa dŭngan tŭmbaga bagus, spŭrti ada tŭrbakar dalam kanhor, dan swaranya spŭrti ayer banyak mŭndru.

16Maka adalah pada tangan kanannya tujoh buah bintang, danlagi kluarlah deripada mulotnya sa’bila pŭdang tajam bŭrmata dua, dan mukanya spŭrti chahya matahari tŭtkala panas trek.

17Dŭmi tŭrlihatlah ulihku akan dia, maka jatohlah aku tŭrsungkor dikakinya spŭrti mati, maka dibubohnyalah tangan kanannya ka’atasku, katanya padaku, Janganlah takot, bahwa aku inilah yang pŭrmulaan dan kasudahan.

18Maka aku inilah yang ada hidop, dan yang tŭlah mati; maka sŭsungguhnya aku ada hidop slama lamanya, Amin; dan ada kapadaku anak kunchi nŭraka dan maut.

19Suratkanlah sagala pŭrkara yang tŭlah angkau lihat, dan sagala pŭrkara yang ada, dan sagala pŭrkara yang akan jadi kŭlak kumdian.

20Dan rahsia tujoh buah bintang yang tŭlah angkau lihat pada tangan kananku itu, danlagi tujoh kaki dian yang kaamasan itu. Adapun tujoh buah bintang itu, iya itu mŭliekat mŭliekat tujoh sidang jŭmaah itu; maka tujoh kaki dian yang tŭlah angkau lihat itu, iya itulah tujoh sidang jŭmaah.



 <<  Wahyu 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran