Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 14 >> 

Istana dan rumah tangga Raja Daud

1Hiram, raja Tirus, menghantar beberapa orang utusan kepada Daud dengan membawa kayu araz, tukang-tukang batu, dan tukang-tukang kayu untuk membina istana baginya.

2Maka sedarlah Daud bahawa TUHAN telah mengukuhkan dia menjadi raja atas Israel, dan bahawa martabat kerajaannya terangkat tinggi demi Israel, umat-Nya.

3Daud mengambil beberapa isteri lagi di Yerusalem. Bagi Daud masih lahir lagi anak-anak lelaki dan perempuan.

4Inilah nama anak-anak yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo

5Yibhar, Elisua, Elpelet,

6Nogah, Nefeg, Yafia

7Elisama, Beelyada, dan Elifelet.

Raja Daud memukul kalah orang Filistin

8Ketika orang Filistin mendengar bahawa Daud telah dilantik menjadi raja atas seluruh Israel, pergilah semua orang Filistin untuk mencari Daud. Akan tetapi Daud mendapat tahu tentang hal itu, lalu dia pun pergi menghadapi mereka.

9Setelah orang Filistin datang dan melakukan penyerbuan di Lembah Refaim,

10Daud meminta petunjuk Allah, katanya, “Haruskah aku maju menyerang orang Filistin? Adakah akan Engkau menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Firman TUHAN kepadanya, “Majulah, Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.”

11Maka majulah mereka ke Baal-Perasim, dan Daud mengalahkan orang Filistin di sana. Daud berkata, “Sebagaimana air yang menerobos, Allah telah menerobos musuhku dengan perantaraanku.” Itulah sebabnya tempat itu dinamai Baal-Perasim.

12Orang Filistin meninggalkan berhala-berhala mereka di sana, lalu Daud memerintahkan agar kesemua berhala itu dibakar habis.

13Sekali lagi orang Filistin melakukan penyerbuan di lembah.

14Daud pun menanyakan petunjuk Allah lagi, dan Allah berfirman kepadanya, “Jangan maju mengejar mereka. Bergeraklah melingkari mereka dan datangilah mereka dari seberang pokok-pokok kertau itu.

15Nanti, ketika engkau mendengar bunyi derap langkah di atas pokok-pokok kertau itu, majulah berperang kerana Allah telah maju mendahuluimu untuk mengalahkan pasukan orang Filistin.”

16Daud melakukan seperti yang diperintahkan Allah kepadanya. Mereka mengalahkan pasukan Filistin itu dari Gibeon sampai ke Gezer.

17Maka tersiarlah kemasyhuran Daud di segala negeri, dan TUHAN membuat segala bangsa berasa takut kepadanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel