Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 16 >> 

1Tabut perjanjian Allah dibawa masuk dan diletakkan di tengah-tengah khemah yang dibentangkan Daud untuknya. Lalu mereka mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian di hadapan Allah.

2Setelah Daud selesai mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian, dia memohonkan berkat bagi bangsa itu dengan nama TUHAN.

3Diagih-agihkannya kepada semua orang Israel, baik laki-laki mahupun perempuan, masing-masing sebuku roti, sepotong daging, dan seketul kuih kismis.

4Kemudian Daud mengangkat beberapa orang Lewi sebagai penyelenggara ibadat di hadapan tabut TUHAN. Mereka harus berzikir, mengucap syukur, dan memuji TUHAN, Allah Israel.

5Asaf ialah ketuanya, Zakharia orang keduanya, selanjutnya Yeiel, Semiramot, Yehiel, Matica, Eliab, Benaya, Obed-Edom, dan Yeiel. Mereka harus memainkan gambus serta kecapi, sementara Asaf harus membunyikan ceracap.

6Benaya dan Yahaziel, iaitu para imam, harus selalu meniup nafiri di hadapan tabut perjanjian Allah.

Nyanyian puji-pujian Raja Daud

7Maka pada hari itu juga, untuk pertama kalinya Daud melantik Asaf dan saudara-saudaranya untuk menyanyikan ucapan syukur kepada TUHAN:

8Ucaplah syukur kepada TUHAN, serulah nama-Nya, masyhurkanlah perbuatan-Nya di antara bangsa-bangsa!

9Bernyanyilah bagi-Nya, lantunkanlah puji-pujian bagi-Nya, ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang ajaib!

10Bermegahlah dalam nama-Nya yang suci, biarlah kalangan yang mencari hadirat TUHAN bersuka hati.

11Carilah hadirat TUHAN dan kekuatan-Nya, carilah hadirat-Nya selalu.

12Ingatlah perbuatan-perbuatan ajaib yang dilakukan-Nya, segala mukjizat-Nya, dan hukuman yang difirmankan-Nya,

13wahai keturunan Israel, hamba-Nya, wahai bani Yakub, segala orang pilihan-Nya.

14Dialah TUHAN, Allah kita, hukuman-Nya berlaku di seluruh bumi.

15Dia mengingat perjanjian-Nya untuk selama-lamanya juga firman yang diperintahkan-Nya kepada seribu keturunan,

16iaitu perjanjian yang diikat-Nya dengan Abraham dan sumpah-Nya kepada Ishak.

17Dia meneguhkannya bagi Yakub sebagai ketetapan, dan bagi Israel sebagai perjanjian kekal,

18firman-Nya, “Kepadamu akan Kukurniakan Tanah Kanaan sebagai bahagian harta pusakamu.”

19Ketika jumlah mereka sedikit, kecil sahaja, dan tinggal sebagai pendatang di sana,

20mengembara daripada bangsa kepada bangsa, daripada satu kerajaan kepada suku bangsa yang lain,

21Dia tidak membiarkan orang menindas mereka. Raja-raja ditegur-Nya kerana mereka,

22“Jangan sentuh orang yang Kulantik, jangan berbuat jahat kepada para nabi-Ku.”

23Bernyanyilah bagi TUHAN, wahai seluruh bumi, khabarkanlah penyelamatan daripada-Nya hari demi hari.

24Ceritakanlah kemuliaan-Nya di antara bangsa-bangsa dan segala perbuatan-Nya yang ajaib antara segala suku bangsa.

25Maha besar TUHAN dan sangat terpuji, Dia patut ditakuti lebih daripada segala tuhan.

26Segala tuhan yang disembah bangsa-bangsa ialah berhala, tetapi TUHAN sajalah yang menjadikan langit.

27Keagungan dan semarak ada dalam hadirat-Nya, kekuatan dan kegembiraan ada di tempat kediaman-Nya.

28Persembahkanlah kepada TUHAN, wahai kaum suku-suku bangsa, persembahkanlah kepada TUHAN kemuliaan dan kekuatan!

29Persembahkanlah kepada TUHAN kemuliaan nama-Nya. Bawalah persembahan dan masuklah menghadap-Nya! Sujudlah menyembah TUHAN dengan berhiaskan kesucian.

30Gementarlah di hadapan-Nya, wahai seluruh bumi; ya, dunia tegak, tidak bergoyang.

31Biarlah langit bersukacita dan bumi bergembira, biarlah orang berkata antara bangsa-bangsa, “TUHAN bertakhta!”

32Biarlah laut bergemuruh dengan segala isinya, biarlah padang bersuka ria dengan segala yang ada padanya.

33Pada waktu itu pokok-pokok di hutan akan bersorak-sorai di hadapan TUHAN, kerana Dia datang untuk menghakimi bumi.

34Mengucap syukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.

35Katakanlah, “Selamatkanlah kami, ya Allah, Penyelamat kami. Kumpulkanlah kami dan lepaskanlah kami daripada bangsa-bangsa, supaya kami dapat mengucap syukur kepada nama-Mu yang suci dan bermegah dalam puji-pujian kepada-Mu.”

36Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya! Seluruh umat berkata, “Amin,” dan memuji TUHAN.

Pelantikan orang untuk tugas ibadat

37Daud meninggalkan Asaf dan saudara-saudaranya di sana, di hadapan tabut perjanjian TUHAN. Mereka harus sentiasa menyelenggarakan ibadat di hadapan tabut itu, menurut apa yang patut dilakukan setiap hari.

38Dia juga meninggalkan Obed-Edom dan kesemua enam puluh lapan orang saudaranya. Obed-Edom anak Yedutun dan Hosa ialah para penjaga pintu gerbang.

39Imam Zadok dan saudara-saudaranya, para imam, ditinggalkannya di hadapan Khemah Suci TUHAN di bukit pemujaan di Gibeon.

40Secara tetap, pagi dan petang, mereka harus mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN di atas mazbah korban bakaran, selaras dengan semua yang tertulis dalam hukum Taurat TUHAN, iaitu hukum yang diperintahkan TUHAN kepada orang Israel.

41Mereka disertai oleh Heman, Yedutun, dan orang pilihan selebihnya, yang dilantik dengan disebut nama mereka untuk mengucap syukur kepada TUHAN: “Kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.”

42Heman dan Yedutun bertugas membunyikan nafiri dan ceracap, serta memainkan alat-alat muzik untuk mengiringi nyanyian bagi Allah. Anak-anak Yedutun bertugas menjaga pintu gerbang.

43Kemudian seluruh bangsa itu pulang ke rumah masing-masing. Daud pun pulang untuk memberkati keluarganya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel