Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 19 >> 

1Lebih baik orang miskin yang hidup dalam keikhlasan daripada orang bodoh yang kata-katanya penuh tipuan.

2Bersemangat pun tidak baik jika tanpa pengetahuan, dan orang yang terburu-buru melangkah akan tersesat.

3Kebodohan seseorang menyesatkan jalannya, lalu hatinya gusar terhadap TUHAN.

4Kekayaan akan memperbanyak sahabat, tetapi orang miskin ditinggalkan oleh kawannya.

5Saksi dusta tidak akan terlepas daripada hukuman, dan orang yang berbohong tidak akan terselamat.

6Ramai orang yang meminta belas kasihan daripada orang yang pemurah, dan setiap orang hendak bersahabat dengan si pemberi hadiah.

7Orang miskin dibenci oleh semua saudaranya, apatah lagi para sahabatnya; mereka menjauhkan diri daripadanya. Dia mengejar sambil memohon, tetapi mereka tidak ada lagi.

8Sesiapa memperoleh hikmah, mengasihi jiwanya sendiri, dan orang yang berpegang teguh pada pengertian akan memperoleh kebajikan.

9Seorang saksi dusta tidak akan terlepas daripada hukuman, dan orang yang berbohong akan binasa.

10Memang kemewahan tidak sesuai bagi orang bodoh, Lebih tidak sesuai lagi seorang hamba memerintah pembesar.

11Kebijaksanaan seseorang menjadikannya panjang sabar, dan kemuliaannya adalah mengampunkan pelanggaran.

12Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.

13Anak yang bodoh membawa bencana bagi ayahnya, dan isteri yang suka berbantah ibarat air yang terus menitik.

14Rumah dan harta warisan nenek moyang, tetapi isteri yang bijaksana kurnia TUHAN.

15Kemalasan membawa tidur lelap, dan orang yang menganggur akan kelaparan.

16Sesiapa yang mentaati perintah memelihara jiwanya, tetapi orang yang cuai, jalannya akan mati.

17Sesiapa mengasihani orang miskin memberikan pinjaman kepada TUHAN, dan Dia akan membalas jasa baiknya itu.

18Selagi ada harapan, didiklah anakmu agar bertatatertib, tetapi janganlah engkau menghendaki kematiannya.

19Orang yang cepat marah akan menanggung hukuman, jika engkau menolongnya, perlulah engkau berulang kali berbuat begitu.

20Dengarlah nasihat dan terimalah didikan, supaya pada akhirnya engkau menjadi bijaksana.

21Ada banyak rancangan dalam hati manusia, tetapi keputusan TUHAN sajalah yang terlaksana.

22Apa yang diinginkan pada seseorang ialah kasih setianya; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi seorang pembohong.

23Takut kepada TUHAN membawa kepada kehidupan, maka orang dapat bermalam dengan puas, tidak terusik oleh kejahatan.

24Si pemalas mencelup tangannya ke dalam pinggan, tetapi tidak membawanya semula ke mulutnya.

25Pukullah pencemuh, maka si betul bendul akan menjadi arif; tegurlah orang yang berpengertian, maka dia akan memahami pengetahuan.

26Sesiapa yang merampas harta ayahnya dan mengusir ibunya adalah anak yang memalukan dan tercela.

27Hai anakku, jika engkau berhenti mendengar didikan, maka engkau terus menyimpang daripada kata-kata berisi pengetahuan.

28Saksi yang tidak berguna mencemuh keadilan, dan mulut orang durjana menelan kejahatan.

29Hukuman tersedia bagi pencemuh, dan sebatan bagi belakang orang bodoh.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran