Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 19 >> 

Keyakinan Ayub pada Allah

1Tetapi Ayub menjawab,

2“Berapa lama lagi kamu hendak menyeksa jiwaku dan menghancurkan aku dengan perkataan?

3Sekarang sudah sepuluh kali kamu menghina aku. Kamu tidak malu bertindak keliru terhadap aku.

4Kalau aku sungguh berbuat salah, kesalahanku itu tetap tinggal padaku.

5Jika kamu sungguh hendak membesarkan diri terhadap aku dan menggunakan celaku sebagai bukti terhadap aku,

6ketahuilah sekarang bahawa Allah telah membengkokkan perkaraku dan melingkupi aku dengan jaring-Nya.

7Sesungguhnya, aku berseru, ‘Kekerasan!’ tetapi aku tidak dijawab. Aku berteriak minta tolong tetapi tidak ada keadilan.

8Dia memagari jalanku sehingga aku tidak dapat berlalu, dan mendatangkan kegelapan di lorong-lorongku.

9Dia melucuti kemuliaanku dan menyingkirkan mahkota daripada kepalaku.

10Dia membongkar aku di segala penjuru sehingga aku lenyap, dan mencabut pengharapanku seperti pokok.

11Murka-Nya menyala terhadap aku, Dia menganggap aku lawan-Nya.

12Pasukan-Nya maju serentak. Mereka merintangi jalan untuk menyerang aku dan berkepung di sekeliling khemahku.

13Dia menjauhkan saudara-saudaraku daripadaku, kenalan-kenalanku seperti orang asing sahaja bagiku.

14Para kerabatku meninggalkan aku, kawan-kawanku melupakan aku.

15Orang yang tinggal sebagai pendatang di rumahku, juga hamba-hambaku yang perempuan, menganggap aku orang asing. Aku menjadi orang luar di mata mereka.

16Aku memanggil hambaku tetapi dia tidak menjawab, sekalipun aku memohon-mohon kepadanya dengan mulutku sendiri.

17Nafasku memualkan bagi isteriku, memuakkan bagi para saudara kandungku.

18Bahkan anak-anak pun menghina aku, ketika aku muncul, mereka mengata-ngatai aku.

19Semua teman karibku mengeji aku, orang yang kukasihi berbalik melawan aku.

20Tulangku melekat pada kulit dan dagingku, gusiku sahaja yang terselamat.

21Kasihanilah aku! Kasihanilah aku, wahai kamu, sahabat-sahabatku, kerana tangan Allah telah mengazab aku.

22Mengapa kamu, seperti Allah, memburu aku dan tidak kenyang dengan dagingku?

23Kalaulah kata-kataku ditulis! Kalaulah semuanya dicantumkan dalam kitab,

24dipahatkan dengan pena besi dan timah pada batu pejal untuk selama-lamanya!

25Namun demikian, aku tahu bahawa Penebusku hidup, dan pada akhirnya Dia akan berdiri di atas bumi.

26Setelah kulitku dibinasakan sedemikian rupa, tanpa tubuhku juga aku akan melihat Allah.

27Akan kulihat Dia memihak kepada aku. Mataku akan memandang Dia, bukan yang lain. Batinku merindu di dalam dadaku.

28Apabila kamu berkata, ‘Bagaimana kami dapat memburu dia?’ kerana akar permasalahan ini ada pada diriku,

29maka takutlah kepada pedang, kerana kegusaran mendatangkan hukuman pedang, supaya kamu tahu bahawa ada pengadilan.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel