Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 35 >> 

Allah perhatikan penderitaan manusia

1Lalu Elihu berkata,

2“Inikah yang kauanggap adil sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar daripada Allah’

3Engkau bertanya, ‘Apakah gunanya bagiku? Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?’

4Aku akan memberikan jawapan kepadamu dan kepada sahabat-sahabatmu yang ada bersamamu.

5Pandanglah langit dan lihatlah, perhatikanlah awan-awan yang lebih tinggi daripada engkau.

6Jika engkau berdosa, apakah yang kaulakukan terhadap Dia? Jika pelanggaranmu banyak, apakah yang kaubuat terhadap Dia?

7Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya? Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu?

8Kefasiqanmu hanya mempengaruhi orang lain yang seperti engkau, Perbenaranmu hanya mempengaruhi anak-anak manusia.

9Orang menjerit kerana banyaknya penindasan, mereka berteriak minta tolong daripada tekanan kekuatan para penguasa.

10Tetapi tidak ada yang bertanya, ‘Di manakah Allah, Penciptaku, yang memberikan nyanyian sukacita pada malam hari,

11yang mengajar kami lebih daripada binatang-binatang di bumi dan menjadikan kami lebih bijak daripada burung-burung di udara?’

12Di sana mereka berseru-seru, tetapi Dia tidak menjawab kerana kecongkakan kalangan jahat.

13Sungguh, teriakan kosong tidak didengar Allah, Yang Maha Kuasa tidak menghiraukannya.

14Apa lagi ketika engkau berkata bahawa engkau tidak melihat-Nya, bahawa perkaramu sudah ada di hadapan-Nya, tetapi engkau masih menanti-nantikan Dia.

15Tetapi sekarang, kerana murka-Nya belum menghukum dan Dia tidak terlalu mempedulikan pelanggaran,

16maka Ayub membuka mulutnya dengan sia-sia, dia menimbunkan perkataan tanpa pengetahuan.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel