Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 39 >> 

1Tahukah engkau masa kambing gunung beranak? Adakah engkau memperhatikan waktu rusa betina sakit beranak?

2Dapatkah engkau menghitung bulan-bulan kambing dan rusa ini mengandung? Tahukah engkau saatnya anak-anaknya dilahirkan,

3dan saatnya membongkok lalu melahirkan anak-anaknya, serta mengeluarkan buah sakit bersalinnya?

4Anak-anaknya menjadi kuat dan besar di padang terbuka, lalu pergi dan tidak kembali lagi kepada induknya.

5Siapakah yang melepaskan keldai liar sehingga ia bebas? Siapakah yang melepaskan tambatan keldai hutan?

6Aku menentukan tanah tandus sebagai rumahnya, padang garam sebagai tempat kediamannya.

7Ditertawakannya keriuhan kota, dan tidak didengarnya teriakan si tukang kerah.

8Dijelajahinya gunung-gunung padang rumputnya dan dicarinya apa-apa pun yang hijau.

9Sudikah seladang melayanimu? mahukah ia bermalam dekat kandang milikmu?

10Dapatkah engkau mengikat seladang dengan tali di alur bajak? mahukah ia menyisir tanah lembah mengikuti engkau?

11Dapatkah engkau bergantung padanya kerana kekuatannya besar? Dapatkah engkau menyerahkan kepadanya pekerjaanmu yang berat?

12Dapatkah engkau percaya bahawa ia akan membawa pulang hasil tanahmu dan mengumpulkannya di tempat pembantinganmu?

13Sayap burung unta mengepak riang, tetapi adakah seramah sayap dan bulu-bulu burung ranggung?

14Ditinggalkannya telurnya di tanah, dan dipanaskannya dalam debu.

15Dia lupa bahawa sembarang kaki dapat memecahkannya, atau binatang liar dapat menginjaknya.

16Dia berkeras terhadap anak-anaknya, seolah-olah bukan anaknya sendiri. Sungguhpun jerih lelahnya percuma, ia tidak takut,

17kerana Allah tidak memberinya hikmah dan tidak mengurniainya pengertian.

18Ketika ia mengepakkan sayapnya tinggi-tinggi untuk berlari, ia mentertawakan kuda dan penunggangnya.

19Adakah engkau yang memberikan kekuatan kepada kuda? Adakah engkau yang mengenakan surai pada tengkuknya?

20Adakah engkau yang membuatnya melompat seperti belalang? Dengusnya yang gagah sungguh mengerikan.

21Dia mengais-ngais di lembah dan bergirang kerana kekuatannya. Dia keluar menyongsong senjata.

22Dia mentertawakan kedahsyatan dan tidak kecut hati. Dia tidak berpaling dari pedang.

23Di atasnya ada tabung panah yang gemerencing, tombak yang berkilat dan lembing.

24Dengan garang dan gusar ditempuhnya tanah, ia tidak dapat tenang ketika sangkakala berbunyi.

25Setiap kali sangkakala berbunyi, ia berkata, ‘Nah!’ Dia mencium bau peperangan dari jauh, gemuruh para panglima dan sorak-sorai.

26Adakah kerana pengertianmu, helang melayang tinggi dan mengembangkan sayapnya ke arah selatan?

27Adakah atas perintahmu rajawali membumbung dan membuat sarangnya di tempat yang tinggi?

28Dia diam dan bermalam di bukit batu, di atas tebing bukit batu dan tempat yang kukuh.

29Dari situ ia mengintai makanannya, matanya memandang dari jauh.

30Anak-anaknya menghisap darah. Di mana ada yang terbunuh, di situ ia berada.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 39 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel