Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 4 >> 

Percakapan Ayub dengan sahabat-sahabatnya; Elifas menegur Ayub

1Maka Elifas, orang Teman, menjawab,

2“Jika orang cuba bercakap kepadamu, adakah engkau kesal? Tetapi siapakah yang dapat menahan diri daripada berkata-kata?

3Sesungguhnya, engkau telah mengajar ramai orang, dan engkau telah menguatkan tangan yang lemah.

4Kata-katamu telah menegakkan orang yang jatuh, dan engkau telah meneguhkan lutut yang longlai.

5Tetapi sekarang engkau yang ditimpa geruh dan engkau kesal, dirimu yang terkena dan engkau terkejut.

6Bukankah ketakwaanmu menjadi harapan kekuatanmu, dan ketulusan hidupmu menjadi pengharapanmu?

7Fikirkanlah, siapa binasa jika tidak bersalah? Mana ada orang benar yang dilenyapkan?

8Menurut pengamatanku, orang yang membajak kejahatan dan yang menabur kezaliman, hal-hal itu jua yang bakal dituainya.

9Oleh nafas Allah mereka binasa, oleh hembusan hidung-Nya mereka dihapuskan.

10Singa boleh mengaum, singa boleh bersuara, tetapi gigi-gigi singa muda dipatahkan.

11Singa jantan binasa kerana kekurangan mangsa, dan anak-anak singa betina tercerai-berai.

12Suatu hal disampaikan kepadaku secara diam-diam, telingaku menangkap bisikannya.

13Dalam kegelisahan kerana penglihatan pada malam hari, ketika tidur yang lelap melanda manusia,

14ketakutan dan kegentaran menimpaku, sehingga semua tulangku menjadi gementar.

15Suatu roh melintas di depanku, meremanglah bulu romaku.

16Ia berhenti, tetapi tidak dapat kukenali rupanya. Ada susuk yang hadir di hadapan mataku, hening, lalu kudengar suara,

17‘Mungkinkah manusia lebih benar daripada Allah? Mungkinkah manusia lebih suci daripada Allah?’

18Kalau hamba-hamba-Nya tidak dipercayai-Nya, dan para malaikat-Nya didakwa-Nya bersalah,

19apatah lagi mereka yang mendiami rumah tanah liat, yang asasnya berada di dalam debu, dan yang hancur seperti gegat.

20Di antara pagi dengan petang mereka diremukkan, mereka binasa untuk selama-lamanya tanpa dihiraukan.

21Bukankah tali khemah mereka dicabut? Mereka mati tanpa sebarang hikmah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel