Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 42 >> 

Ayub mengaku salah dan menyesal

1Jawab Ayub kepada TUHAN,

2“Aku tahu bahawa Engkau sanggup melakukan apa-apa pun, dan rancangan-Mu tidak dapat dicegah.

3Firman-Mu, ‘Siapakah ini, yang meragukan hikmah-Ku dengan tidak berpengetahuan?’ Itulah sebabnya aku telah menyatakan apa yang tidak kufahami, hal-hal yang terlalu ajaib bagiku, yang tidak kuketahui.

4Firman-Mu, ‘Dengarlah, Aku hendak berfirman. Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.’

5Dahulunya, Engkau hanya kudengar melalui telinga, tetapi sekarang aku melihat Engkau dengan mataku.

6Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”

Ayub dipulihkan

7Setelah TUHAN menyampaikan firman itu kepada Ayub, berfirmanlah TUHAN kepada Elifas, orang Teman, “Murka-Ku menyala terhadap engkau dan terhadap kedua-dua sahabatmu, kerana kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.

8Sekarang, ambillah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan. Pergilah kepada hamba-Ku Ayub dan persembahkanlah korban bakaran demi dirimu. Ayub, hamba-Ku, harus berdoa untuk kamu, kerana hanya doanyalah yang akan Kuterima, supaya jangan Aku memperlakukan kamu selaras dengan kebodohan kamu. Kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.”

9Maka pergilah Elifas orang Teman, Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama, lalu melaksanakan apa yang difirmankan TUHAN kepada mereka. TUHAN pun menerima permohonan Ayub.

10Setelah Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya, TUHAN memulihkan keadaan mereka. Kemudian TUHAN menambahkan segala milik Ayub dua kali lipat ganda dari dahulu.

11Semua saudara lelakinya, saudara perempuannya, dan semua kenalannya yang lama datang kepadanya dan makan bersama-sama di rumahnya. Mereka turut berdukacita dan menghiburkan dia kerana segala malapetaka yang telah ditimpakan TUHAN kepadanya. Masing-masing memberi dia sekeping wang dan sebutir cincin emas.

12TUHAN memberkati sisa hidup Ayub lebih daripada sebelumnya. Dia memiliki 14,000 ekor kambing dan domba, 6,000 ekor unta, 1,000 pasang lembu, dan 1,000 ekor keldai betina.

13Dia juga memiliki tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.

14Anak perempuan yang pertama diberinya nama Yemima, yang kedua Kezia, dan yang ketiga Keren-hapukh.

15Di seluruh negeri tidak ada perempuan secantik anak-anak perempuan Ayub. Ayah mereka memberi mereka harta pusaka bersama-sama para saudara lelaki mereka.

16Setelah itu, Ayub masih hidup 140 tahun lamanya. Dia melihat anak cucunya sampai keturunan yang keempat.

17Kemudian Ayub pun meninggal ketika sudah tua dan lanjut usia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 42 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel