Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 7 >> 

Persembahan pemimpin

1Pada hari Musa selesai mendirikan Khemah Suci dan mengurapi serta menyucikan Khemah itu berserta segala kelengkapannya dan begitu jugalah diurapi dan ditakdiskannya mazbah berserta segala kelengkapannya,

2para pemimpin Israel, iaitu ketua suku kaum mereka, membawa persembahan masing-masing. Mereka pemimpin suku kaum yang mengepalai mereka yang dibanci itu.

3Mereka membawa ke hadirat TUHAN persembahan berupa enam buah gerabak yang beratap dan dua belas ekor lembu – sebuah gerabak daripada dua orang pemimpin dan seekor lembu daripada setiap pemimpin. Semua itu dipersembahkan mereka di depan Khemah Suci.

4Berfirmanlah TUHAN kepada Musa,

5“Terimalah semua itu daripada mereka, supaya dapat digunakan bagi pekerjaan di Khemah Pertemuan. Serahkanlah semuanya kepada bani Lewi selaras dengan pekerjaan masing-masing.”

6Maka Musa menerima kesemua gerabak dan lembu itu lalu menyerahkannya kepada bani Lewi.

7Dua buah gerabak dan empat ekor lembu diserahkannya kepada bani Gerson selaras dengan pekerjaan mereka,

8sedangkan empat buah gerabak dan lapan ekor lembu yang lain diserahkannya kepada bani Merari selaras dengan pekerjaan mereka di bawah pimpinan Itamar, anak Imam Harun.

9Akan tetapi, Musa tidak menyerahkan apa-apa pun kepada bani Kehat kerana pekerjaan mereka adalah untuk menguruskan barang-barang suci yang harus diusung mereka di atas bahu.

10Para pemimpin itu juga membawa persembahan untuk pentahbisan mazbah pada hari mazbah itu diurapi lalu segala persembahan itu dibawa mereka ke hadapan mazbah.

11TUHAN berfirman kepada Musa, “Setiap hari, hendaklah seorang pemimpin membawa persembahannya untuk pentahbisan mazbah itu.”

12Orang yang membawa persembahannya pada hari pertama ialah Nahason anak Aminadab daripada suku Yehuda.

13Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

14sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

15seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

16dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

17Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Nahason anak Aminadab.

18Pada hari kedua giliran Netaneel anak Zuar, pemimpin Isakhar pula membawa persembahan.

19Sebagai persembahannya dibawanya sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

20sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

21seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

22dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

23Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Netaneel anak Zuar.

24Hari ketiga giliran Eliab anak Helon, pemimpin bani Zebulon.

25Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

26sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

27seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

28dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

29Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Eliab anak Helon.

30Hari keempat giliran Elizur anak Syedeur, pemimpin bani Ruben.

31Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

32sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

33seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

34dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

35Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elizur anak Syedeur.

36Hari kelima giliran Selumiel anak Zurisyadai, pemimpin bani Simeon.

37Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

38sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

39seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

40dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

41Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Selumiel anak Zurisyadai.

42Hari keenam giliran Elyasaf anak Rehuel, pemimpin bani Gad.

43Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

44sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

45seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

46dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

47Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elyasaf anak Rehuel.

48Hari ketujuh giliran Elisama anak Amihud, pemimpin bani Efraim.

49Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

50sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

51seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

52dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

53Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elisama anak Amihud.

54Hari kelapan giliran Gamaliel anak Pedazur, pemimpin bani Manasye.

55Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

56sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

57seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

58dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

59Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Gamaliel anak Pedazur.

60Hari kesembilan giliran Abidan anak Gideoni, pemimpin bani Benyamin.

61Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

62sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

63seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

64dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

65Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Abidan anak Gideoni.

66Hari kesepuluh giliran Ahiezer anak Amisyadai, pemimpin bani Dan.

67Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

68sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

69seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

70dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

71Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Ahiezer anak Amisyadai.

72Hari kesebelas giliran Pagiel anak Okhran, pemimpin bani Asyer.

73Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

74sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

75seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

76dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

77Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Pagiel anak Okhran.

78Hari kedua belas giliran Ahira anak Enan, pemimpin bani Naftali.

79Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),

80sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,

81seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,

82dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.

83Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Ahira anak Enan.

84Itulah persembahan daripada para pemimpin Israel untuk pentahbisan mazbah ketika mazbah itu diurapi. Persembahan mereka berupa dua belas buah pinggan perak, dua belas buah bejana perak, dua belas perbaraan emas.

85Beratnya pinggan perak 130 syikal dan masing-masing bejana 70 syikal beratnya. Seluruh kelengkapan perak itu 2,400 syikal beratnya, menurut syikal rasmi Khemah Suci.

86Yang 12 buah perbaraan emas berisi dupa itu masing-masing 10 syikal beratnya, menurut syikal rasmi Khemah Suci. Jadi, seluruh emas perbaraan itu 120 syikal beratnya.

87Jumlah segala ternak untuk korban bakaran ialah 12 ekor lembu jantan, 12 ekor domba jantan, dan 12 ekor anak domba jantan berumur setahun, dengan persembahan bahan makanannya. Jumlah kambing jantan untuk korban penghapus dosa ialah 12 ekor.

88Kemudian jumlah segala ternak untuk korban kedamaian ialah 24 ekor lembu jantan, 60 ekor domba jantan, 60 ekor kambing jantan, dan 60 ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan untuk pentahbisan mazbah, sesudah mazbah itu diurapi.

89Apabila Musa masuk ke dalam Khemah Pertemuan untuk berbicara dengan TUHAN, dia mendengar suara yang berfirman kepadanya dari sebelah atas penutup pendamaian yang di atas tabut loh hukum dan di antara kedua-dua arca kerubin itu lalu Dia berfirman kepadanya sedemikian.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel