Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 1 >> 

Allah berfirman melalui Anak-Nya

1Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi.

2Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.

3Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga.

4Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka.

5Kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: “Engkau Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu”? Dan juga: “Aku akan menjadi Bapa-Nya, dan Dia akan menjadi Anak-Ku”?

6Selanjutnya, apabila Allah menghantar Anak sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya: “Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya.”

7Dan tentang para malaikat, Dia berfirman: “Dia menjadikan para malaikat-Nya angin, dan para pelayan-Nya nyala api.”

8Tetapi tentang Anak itu Dia berfirman: “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.

9Engkau telah mencintai apa yang benar dan membenci apa yang jahat; Oleh itu Allah, Allah-Mu, telah mengurapi-Mu dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu.”

10Dan: “Pada mulanya, Engkau, ya Tuhan, yang meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu;

11Bumi dan langit akan binasa tetapi Engkau kekal; dan segalanya akan menjadi usang seperti pakaian;

12Seperti jubah, Engkau akan menggulungnya; seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah. Tetapi Engkau tetap sama, dan zaman-Mu tidak berkesudahan.”

13Tetapi kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: “Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu”?

14Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran