Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 10 >> 

Bangsa-bangsa keturunan Nuh

1Inilah keturunan anak-anak Nuh, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Kepada mereka, lahirlah anak-anak lelaki selepas banjir besar itu.

2Keturunan Yafet ialah Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.

3Keturunan Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma.

4Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.

5Daripada mereka inilah tersebar bangsa-bangsa daerah pesisir. Mereka hidup di tanah mereka sendiri, masing-masing dengan bahasa, kaum keluarga dan bangsa mereka.

6Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put, dan Kanaan.

7Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema ialah Syeba dan Dedan.

8Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.

9Dia seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN. Itulah sebabnya dikatakan orang, “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN.”

10Wilayah utama kerajaannya terdiri daripada Babel, Erekh, Akad, dan Kalne, yang kesemuanya terletak di Tanah Sinear.

11Dari situ dia pergi ke Asyur, lalu membina Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,

12dan Resen yang terletak di antara Niniwe dengan Kalah; iaitu kota raya yang besar.

13Misraim beranakkan Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim,

14Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.

15Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het.

16Keturunan Kanaan yang lain ialah orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,

17orang Hewi, orang Arki, orang Sini,

18orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Kemudian tersebarlah kaum-kaum orang Kanaan itu.

19Daerah orang Kanaan terbentang dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, kemudian ke arah Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.

20Itulah keturunan Ham menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka dan bangsa mereka.

21Lahirlah pula anak-anak bagi Sem, iaitu abang kepada Yafet, bapa leluhur seluruh bani Eber.

22Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.

23Keturunan Aram: Us, Hul, Geter, dan Mas.

24Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber.

25Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan.

26Yoktan beranakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,

27Hadoram, Uzal, Dikla,

28Obal, Abimael, Syeba,

29Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan.

30Tempat kediaman mereka terbentang dari Mesa ke arah Sefar, iaitu pergunungan di sebelah timur.

31Itulah keturunan Sem menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka, dan bangsa mereka.

32Maka itulah susur galur kaum keluarga anak-anak Nuh menurut salasilah keturunan mereka dan bangsa mereka. Daripada mereka inilah bangsa-bangsa tersebar di bumi ini selepas banjir besar itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kejadian 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel