Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 20 >> 

Abraham dan Abimelekh

1Kemudian Abraham berangkat dari sana ke Tanah Negeb lalu menetap di antara Kadesh dengan Syur. Dia tinggal di Gerar sebagai pendatang.

2Tentang Sarah, isterinya, Abraham berkata, “Dia saudaraku.” Maka Abimelekh, raja Gerar, menyuruh orang menjemput Sarah.

3Akan tetapi, Allah muncul dalam suatu mimpi Abimelekh pada malam hari dan berfirman kepadanya, “Ketahuilah, kamu akan mati kerana perempuan yang kamu jemput itu, sebab dia sudah pun bersuami.”

4Pada waktu itu Abimelekh belum menghampiri Sarah. Maka katanya, “Ya Tuhan, akankah Engkau membunuh bangsa yang tidak bersalah?

5Bukankah orang itu sendiri berkata kepadaku, ‘Dia saudaraku’? Bahkan perempuan itu sendiri pun berkata, ‘Dia saudaraku.’ Jadi, dengan tulus hati dan dengan tangan yang suci aku melakukan hal ini.”

6Lalu firman Allah kepadanya dalam mimpi itu, “Aku tahu bahawa kamu melakukan hal itu dengan tulus hati. Itulah sebabnya Aku hendak mencegah kamu berbuat dosa terhadap Aku, dan sebabnya Aku tidak membiarkan kamu menyentuh perempuan itu.

7Sekarang, kembalikanlah isteri orang itu, kerana suaminya seorang nabi. Dia akan berdoa untukmu sehingga kamu akan tetap hidup. Tetapi jika kamu tidak mengembalikan perempuan itu, ketahuilah bahawa kamu dan semua orang yang ada denganmu sesungguhnya akan mati.”

8Keesokan harinya Abimelekh bangun pagi-pagi, lalu memanggil semua hambanya dan memberitahukan semua hal itu kepada mereka. Maka mereka menjadi sangat takut.

9Kemudian Abimelekh memanggil Abraham dan berkata kepadanya, “Apakah yang telah kaulakukan terhadap kami? Apakah dosaku kepadamu sehingga kamu mendatangkan dosa yang besar terhadap diriku dan terhadap kerajaanku? Kamu telah melakukan perbuatan yang tidak patut terhadapku.”

10Kata Abimelekh pula kepada Abraham, “Apakah maksudmu sehingga kamu berbuat demikian?”

11Jawab Abraham, “Aku menyangka bahawa di tempat ini sama sekali tidak ada orang yang takut kepada Allah, sehingga tentulah aku akan dibunuh kerana isteriku.

12Apatah lagi, memang dia saudaraku. Dia anak ayahku, tetapi dia cuma bukan anak ibuku, lalu dia menjadi isteriku.

13Jadi, ketika Allah menyuruh aku mengembara meninggalkan rumah ayahku, aku berkata kepadanya, ‘Nyatakanlah kasihmu kepadaku dengan cara ini: Di tempat mana-mana pun kita tiba, katakanlah bahawa aku saudaramu.’ ”

14Kemudian Abimelekh mengambil kawanan domba, kawanan lembu, serta hamba-hamba lelaki dan perempuan, dan memberikan semua itu kepada Abraham. Dia pun mengembalikan kepadanya Sarah, isteri Abraham itu.

15Kata Abimelekh, “Lihat, negeriku terbuka untukmu. Tinggallah di mana-mana sahaja kau suka.”

16Katanya kepada Sarah, “Dengar, aku telah memberikan seribu keping perak kepada saudaramu di hadapan mata semua orang yang ada bersama-samamu sebagai bukti kesucianmu. Dalam segala hal kamu dinyatakan tidak bersalah.”

17Lalu Abraham memanjatkan doa kepada Allah, dan Allah menyembuhkan Abimelekh, isterinya, serta hamba-hambanya yang perempuan sehingga mereka dapat melahirkan anak lagi.

18Sebabnya sebelum itu TUHAN telah menutup rahim setiap perempuan di istana Abimelekh kerana Sarah, isteri Abraham itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kejadian 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran