Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 31 >> 

Bezaleel dan Aholiab

1TUHAN berfirman kepada Musa,

2“Lihat, Aku telah memanggil Bezaleel anak Uri anak Hur daripada bani Yehuda.

3Aku memenuhi dia dengan Roh Allah, dengan kebijaksanaan, pengertian, pengetahuan, dan segala jenis kemahiran bertukang

4untuk merancang hasil kerja mahir daripada emas, perak, dan gangsa,

5dan juga untuk mengukir batu permata untuk tatahan, mengukir kayu, serta mengerjakan segala jenis keahlian dalam pelbagai bidang kerja.

6Tambahan pula Aku juga menetapkan orang, iaitu Aholiab anak Ahisamakh daripada bani Dan, untuk menyertainya. Dalam hati semua yang berkemahiran, Aku telah mengurniakan kebijaksanaan supaya mereka membuat semua yang telah Kuperintahkan kepadamu:

7Khemah Pertemuan, tabut loh hukum dan penutup pendamaian di atasnya dan segala kelengkapan khemah itu,

8iaitu meja dengan segala wadahnya, kaki pelita murni dengan segala wadahnya, dan mazbah pendupaan,

9mazbah korban bakaran dengan segala wadahnya, bejana pembasuhan dengan kekakinya,

10pakaian yang halus tenunannya, pakaian suci untuk imam Harun dan pakaian anak-anaknya untuk menunaikan tugas keimaman,

11minyak tahbis, serta dupa daripada rempah-ratus yang harum untuk Tempat Suci itu. Hendaklah dilakukan mereka sebagaimana segala yang telah Kuperintahkan kepadamu.”

Menguduskan hari Sabat

12TUHAN berfirman kepada Musa,

13“Katakanlah kepada orang Israel, ‘Sesungguhnya, hendaklah kamu pelihara hari-hari Sabat-Ku, kerana itulah tanda peringatan antara Aku dengan kamu turun-temurun, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN yang menyucikan kamu.

14Maka, peliharalah hari Sabat kerana hari itu hari yang suci bagimu. Sesiapa yang mencemarinya pastilah dihukum mati, kerana sesiapa pun yang melakukan pekerjaan pada hari itu, nyawanya harus dilenyapkan daripada kalangan bangsanya.

15Hendaklah pekerjaan dilakukan selama enam hari, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat, hari istirahat penuh yang suci bagi TUHAN. Maka sesiapa pun yang melakukan pekerjaan pada hari Sabat pasti dihukum mati.

16Oleh sebab itu orang Israel hendaklah memelihara hari Sabat dengan merayakannya turun-temurun sebagai suatu perjanjian yang berkekalan.

17Itulah tanda peringatan antara Aku dengan orang Israel untuk selama-lamanya, kerana enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari ketujuh Dia berhenti daripada kerja penciptaan itu lantas berasa puas.”

18Setelah TUHAN selesai berfirman kepada Musa di Gunung Sinai, Dia menyerahkan kepada Musa kedua-dua loh hukum Allah, iaitu loh batu yang ditulis oleh TUHAN sendiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.
Studi Alkitab dengan AI: Alkitab GPT.

 <<  Keluaran 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Dual Panel Dual Panel