Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Maleakhi 2 >> 

TUHAN mencela para imam

1“Sekarang, wahai para imam, perintah ini adalah untuk kamu!

2Jika kamu tidak mendengar dan jika kamu tidak memperhatikannya demi memuliakan nama-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, “maka Aku akan menimpakan kutukan atasmu dan akan mengutuk mana-mana berkat yang kamu terima. Malahan sekarang ini pun Aku memang telah mengutuk berkatmu kerana kamu tidak mengambil berat terhadapnya.

3Sesungguhnya, Aku akan mencela keturunanmu dan menghamburkan najis, malah kotoran daripada korban hari-hari perayaan kamu, ke mukamu, lalu kamu akan dibuang bersama-samanya.

4Maka kamu tahu bahawa Aku telah mengirimkan perintah ini kepadamu, agar perjanjian-Ku dengan Lewi tetap berkuat kuasa,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.

5“Perjanjian-Ku dengan dia ialah perjanjian kehidupan dan kedamaian. Semua itu Kukurniakan kepadanya supaya dia takut, lalu dia pun takut kepada-Ku dan gentar terhadap Aku dan memuliakan nama-Ku.

6Pengajaran yang benar ada di mulutnya dan kecurangan tidak didapati pada bibirnya. Dia mengikuti Aku dalam kedamaian dan kejujuran, serta membuat ramai orang berpaling daripada kemungkaran mereka.

7Sememangnya bibir imam patut memelihara ilmu pengetahuan dan orang pun patut mencari pengajaran daripada mulutnya, kerana dialah utusan TUHAN alam semesta.

8Tetapi kamu telah menyimpang daripada jalan. Kamu telah menyebabkan tersandungnya ramai orang dalam hal hukum, dan kamu telah melenyapkan nilai perjanjian dengan Lewi itu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.

9“Maka Aku telah menjadikan kamu hina dan rendah di hadapan seluruh umat ini kerana kamu tidak memelihara jalan-jalan-Ku, tetapi bersikap berat sebelah dalam hal-hal hukum.”

Allah memurkai Israel

10Bukankah kita semua sebapa? Bukankah Allah yang esa yang menciptakan kita? Mengapakah kita saling mengkhianati dengan menista perjanjian nenek moyang kita?

11Yehuda berkhianat. Kekejian dilakukan di Israel dan di Yerusalem, kerana Yehuda telah menista tempat suci yang dikasihi TUHAN dan menjadi suami kepada anak perempuan penyembah tuhan asing.

12TUHAN akan menyentak sesiapa sahaja yang berbuat demikian daripada khemah-khemah Yakub, sekalipun dia membawa persembahan kepada TUHAN alam semesta.

13Inilah lagi satu hal yang kamu lakukan: Kamu meliputi mazbah TUHAN dengan air mata, tangisan, dan rintihan, kerana Dia tidak lagi mengendahkan persembahanmu dan tidak berkenan menerimanya daripada tanganmu.

14Kamu bertanya, “Mengapakah demikian?” Kerana TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar.

15Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu.

16“Aku membenci perceraian,” demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat.”

TUHAN datang untuk menghukum

17Kamu membuat TUHAN muak dengan perkataanmu. Tetapi kamu masih bertanya, “Bagaimanakah kami membuat Dia muak?” Dengan berkata, “Setiap orang yang berbuat jahat adalah baik di mata TUHAN. Kepada merekalah Dia berkenan,” atau, “Di manakah Allah Yang Maha Adil itu?”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Maleakhi 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel