Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 19 >> 

Perceraian

1Selepas Yesus selesai berkata tentang hal-hal itu, Dia beredar dari Galilea pergi ke Yudea di seberang Sungai Yordan.

2Ramai orang mengikut-Nya dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ.

3Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?”

4Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan?

5Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’

6Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.”

7Kata orang Farisi itu, “Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?”

8Yesus menjawab mereka, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu.

9Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.”

10Para murid Yesus berkata, “Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung.”

11Yesus menjawab, “Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang dikurniai keupayaan untuk menerimanya.

12Ada beberapa sebabnya seseorang itu tidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yang dibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinya begitu untuk mengabdikan diri kepada kerajaan syurga. Biarlah ajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya.”

Yesus memberkati kanak-kanak

13Beberapa orang membawa kanak-kanak supaya diberkati oleh Yesus dengan meletakkan tangan-Nya ke atas mereka serta mendoakan mereka. Tetapi para murid Yesus memarahi orang yang membawa kanak-kanak itu.

14Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga.”

15Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Kemudian Dia beredar dari situ.

Orang muda yang kaya

16Pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Yesus lalu bertanya, “Guru, apakah perbuatan baik yang harus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?”

17Yesus menjawab, “Mengapa kamu bertanya kepada-Ku apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.”

18Pemuda itu bertanya, “Hukum yang mana?” Yesus menjawab, “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan memberi kesaksian palsu;

19hormatilah ibu bapamu; kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”

20“Semua hukum ini telah kupatuhi,” kata pemuda itu. “Adakah lagi yang harus kulakukan?”

21Yesus menjawab, “Jika kamu ingin menjadi sempurna, pergilah, jual segala harta bendamu dan sedekahkan kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu, datanglah dan ikut Aku.”

22Apabila mendengar jawapan Yesus, pemuda itu beredar dari situ dengan dukacita, kerana dia seorang yang kaya-raya.

23Yesus pun berkata kepada murid-murid-Nya, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, susah sekali bagi orang kaya memasuki kerajaan syurga.

24Aku berkata kepadamu, lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.”

25Para murid Yesus hairan mendengar kata-kata itu lalu bertanya, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?”

26Sambil memandang mereka Yesus menjawab, “Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil.”

Upah mengikut Yesus

27Petrus menjawab, “Kami telah meninggalkan segala-galanya untuk mengikut-Mu. Apakah yang akan kami terima?”

28Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, ketika Anak Manusia duduk di atas takhta-Nya yang mulia dalam Dunia Baru, kamu murid-Ku juga akan bertakhta menghakimi dua belas suku Israel.

29Setiap orang yang telah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, saudara perempuan, ibu bapa, anak-anak, atau ladang kerana nama-Ku, akan menerima seratus kali ganda apa yang ditinggalkannya dan akan memperoleh hidup kekal.

30Tetapi ramai orang yang terdahulu akan menjadi terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel