Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 4 >> 

Godaan di padang gurun

1Setelah itu, Yesus dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis.

2Setelah Yesus berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, Dia berasa kelaparan.

3Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.”

4Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.’ ”

5Selepas itu, Iblis membawa Yesus ke kota suci lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan

6berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: ‘Tentang-Mu, Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ”

7Yesus menjawab, “Tetapi telah tersurat: ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ”

8Iblis membawa pula Yesus ke atas gunung yang amat tinggi lalu menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia serta kemuliaannya.

9Kata Iblis kepada Yesus, “Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.”

10Jawab Yesus, “Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: ‘Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat.’ ”

11Iblis pun meninggalkan Yesus dan para malaikat datang melayani-Nya.

Yesus mula pelayanan di Galilea

12Apabila mendengar bahawa Yohanes telah dipenjarakan, Yesus pun pergi ke Galilea.

13Dia tidak tinggal di Nazaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir Laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.

14Dengan demikian terlaksanalah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya:

15“Tanah Zebulon, Tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing.

16Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut, cahaya telah bersinar!”

17Yesus pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!”

Murid Yesus yang pertama

18Ketika Yesus berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia ternampak dua orang saudara, iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas. Mereka sedang menebarkan jala di danau kerana mereka nelayan.

19Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan.”

20Dengan serta-merta mereka meninggalkan jala mereka dan mengikut-Nya.

21Sejurus berjalan dari sana, Yesus ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yohanes bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Yesus memanggil dua beradik itu.

22Seketika itu juga mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikut Yesus.

Yesus menyembuhkan orang sakit

23Yesus menjelajah ke serata Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil Kerajaan Allah serta menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan dalam kalangan mereka.

24Berita tentang Yesus tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya.

25Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Galilea dan Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Yerusalem, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel