Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 111 >> 

1Pujilah TUHAN! Aku akan memuji TUHAN dengan sepenuh hatiku dalam perhimpunan orang tulus dan dalam jemaah.

2Sungguh besar perbuatan TUHAN; dikaji oleh semua yang berasa ria kerananya.

3Perbuatan-Nya mulia dan agung, dan perbenaran-Nya kekal selama-lamanya.

4Dia telah menghasilkan kerja-Nya yang menakjubkan untuk diingati; TUHAN penuh kasih kurnia dan belas kasih.

5Dia telah memberi makanan kepada mereka yang takut kepada-Nya; Dia akan sentiasa ingat akan perjanjian-Nya.

6Dia telah mengisytiharkan kepada umat-Nya kuasa hasil kerja-Nya, dalam memberi mereka warisan pusaka bangsa-bangsa.

7Hasil kerja tangan-Nya adalah kesetiaan dan keadilan; semua ajaran-Nya pasti.

8Semuanya berdiri kukuh selama-lamanya, dan dibuat dalam kebenaran serta ketulusan.

9Dia telah menghantar kebebasan kepada umat-Nya; Dia telah memberikan perintah tentang perjanjian-Nya untuk selama-lamanya – Maha Kudus dan Maha Tinggi nama-Nya.

10Takut akan TUHAN permulaan kebijaksanaan; pengertian yang sempurna ada pada semua yang mentaati perintah-perintah-Nya. Pujian bagi-Nya kekal selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 111 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran