Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 12 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut kecapi bertali lapan. Mazmur Daud. Tolonglah, ya TUHAN, kerana tiada lagi orang yang warak; orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia.

2Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan, dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.

3Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu dan lidah yang bertutur angkuh

4yang berkata, “Kami akan berkuasa dengan lidah kami; bibir kami kepunyaan kami – siapa yang berkuasa atas kami?”

5“Kerana orang miskin ditindas dan kerana orang sesak merintih, Aku akan bangkit sekarang,” firman TUHAN. “Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini.”

6Firman TUHAN adalah murni, seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali.

7Engkau akan memelihara mereka, ya TUHAN, dan melindungi mereka daripada orang zaman ini selama-lamanya.

8Orang zalim merayau angkuh merata-rata ketika kekejian disanjung dalam kalangan anak manusia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel