1Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
2Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
3Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
5kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
6kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
7kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
8matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
10kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
11dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya;
13kepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
16kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
17kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
18dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
19Sihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
20dan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
21dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
22warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
23kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
24dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
26Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.