1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya TUHAN. Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia!
2Engkau telah memberinya hasrat hatinya dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya. Sela
3Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan; Engkau memakaikannya mahkota emas tulen.
4Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan – panjang umur untuk selama-lamanya.
5Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar; Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan.
6Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu.
7Kerana raja percaya penuh kepada TUHAN; dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat.
8Tangan-Mu akan memberkas semua musuh-Mu; kekuasaan-Mu akan dapat mencari mereka yang membenci-Mu.
9Engkau akan membakar mereka dalam nyala api ketika Engkau murka. TUHAN akan menyambar mereka dalam kemurkaan-Nya, dan api itu akan memusnahkan mereka.
10Segala zuriat mereka akan Kaulenyapkan dari bumi, dan keturunan mereka daripada kalangan anak manusia.
11Kerana mereka telah berniat jahat terhadap-Mu, mereka menyusun rancangan yang tidak dapat mereka laksanakan;
12Oleh itu, Engkau akan membuat mereka undur; Engkau akan membidik muka mereka dengan anak panah-Mu.
13Maha Tinggi Engkau, Ya TUHAN, dalam kekuatan-Mu; Kami akan menyanyi memuji kekuasaan-Mu.